Isu
G310 R, R 1200 GS Adventure dan S 1000 R merupakan tiga buah jentera serba baru yang telah diperkenalkan oleh BMW Motorrad Malaysia pada pertengahan Ogos lalu. Pelancaran model-model baru ini telah diadakan ketika berlangsungnya acara kelayakan BMW GS Trophy 2017 peringkat Asia Tenggara.
Jujurnya, Kawasaki Versys merupakan model Kawasaki yang tidak lagi perlu diperkenalkan. Ia adalah di antara model paling popular di kalangan para penunggang motosikal kerana kebolehannnya memenuhi kehendak dan keperluan ramai. Versys sesuai untuk mereka yang berulang alik ke tempat kerja dan juga buat para pengembara motosikal yang ingin menikmati perjalanan ribuan kilometer di dalam maupun luar negara. Untuk itu, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) kini menawarkan tiga model Versys dengan isipadu enjin yang berbeza iaitu Versys-X 260, Versys 650 dan Versys 1000.