Isu
Kira-kira 60 buah jentera dari Kuala Lumpur Benelli Club (KULBC), Selangor Benelli Club (SBC), Sewel Bikers Club dan Malaysia Airport Bikers Club (MABC) telah menganjurkan satu Ride Amal ke Rumah Amal Asnaf Raudhatul Jannah yang terletak di Olak Lempit, Kuala Langat, Selangor. Acara murni ini telah diadakan pada 17 Jun lalu.
Yamaha NVX 155 merupakan sebuah skuter yang telah ditunggu-tunggu pengguna di luar sana. Ramai pengguna jatuh hati sebaik sahaja melihat jentera ini mula-mula dipamerkan di Sepang International Circuit pada tahun lepas. Jentera skuter mula mendapat perhatian di kalangan pengguna motosikal di seluruh dunia termasuk Malaysia kerana ianya mudah untuk dikendalikan.
Untuk terus berdaya saing, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan model RS150R 2017 dengan warna dan rekacorak serba baru. Sejak diperkenalkan pada Jun tahun lalu, RS150R telah menerima sambutan yang cukup hangat oleh para pencinta motosikal khususnya mereka yang inginkan sebuah moped yang berprestasi tinggi, tahan lasak dan sporty. Secara purata, lebih 2,000 unit RS150R dijual setiap bulan dan untuk menampung permintaan yang tinggi ini, pihak BSH telah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memastikan model ini dapat dimiliki dengan secepat mungkin.
Boon Siew Honda dengan bangganya memperkenalkan model CBR650F dan CB650F yang telah berada di Kedai Impian Honda bermula 1 Ogos 2017. Model popular dan cukup menarik ini telah menerima sentuhan baru yang pastinya memenuhi kehendak para pencinta motosikal di seluruh negara. Kuasa maksimum Honda CBR650F dan CB650F 2017 baru telah dipertingkatkan kepada 67kW pada 11,000rpm dan tork 64Nm pada 8,000rpm yang diperolehi menerusi sistem aliran kemasukan dan sistem pengurusan ekzos yang baru.