Isu Terkini

Julai 2024

Isu

September 2016

Kandungan isu ini
  • Model Baru

    KTM 1290 SUPER DUKE GT 'Sport Touring' Terbaru Di Malaysia

    Sejak diperkenalkan untuk pasaran global di Pameran Motosikal Antarabangsa (EICMA) pada tahun lepas, kemunculannya sentiasa dinanti-nanti sehingga pada 25 Julai lalu. Ucapkan 'Selamat Datang' kepada model terbaru dari KTM, 1290 Super Duke GT yang dengan jayanya telah dilancarkan oleh Pengerusi Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd, Dato' Seri Syed Badlishah Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail.

  • Model Baru

    EGO AVANTIS : Serba Baru Dilancarkan Di Yamaha Automatic World Motorshow

    Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya telah merasmikan model automatik terbaru, Ego Avantiz pada 22 Julai lalu. Majlis pelancaran model yang cukup menarik ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor dan dimeriahkan dengan kehadiran wakil-wakil dari Yamaha Motor Co., Ltd, Japan seperti En. Makoto Shimamoto dan En. Yoshihiro Hidaka.

  • Model Baru

    SCRAMBLER DUCATI SIXTY2 Sesuai Untuk Semua

    Model sensasi Scrambler Ducati mula diperkenalkan pada tahun 1962 yang melambangkan gaya hidup ceria dan bebas. Ia merupakan sebuah jentera ikon yang disukai oleh segenap pencinta motosikal hingga ke saat ini. Tahun lalu, Scrambler Ducati telah diperkenalkan semula dengan empat varian yang cukup istimewa. Icon, Urban Enduro, Full Throttle dan Classic terbukti berjaya meraih permintaan yang cukup tinggi di pasaran dunia termasuk di Malaysia.

  • Model Baru

    Harley Davidson Memperkenalkan 3 Model Terbaru

    Selepas menempa kejayaan menerusi Harley Davidson Dark Series (Iron 883 dan Forty Eight), Naza Prestige Bikes Sdn Bhd selaku pengimport tunggal jentera Harley Davidson di Malaysia dengan cukup berbesar hati melancarkan bukan satu tetapi tiga model terbaru untuk pasaran negara iaitu Roadster, Softail Slim dan CVO Pro Street Breakout.

  • Pandu Uji

    Kawasaki Ninja ZX-10R : Dunia Perlumbaan Kini Di Tangan Anda

    Sememangnya kemampuan model sport terbaru dari Kawasaki... ZX-10R telah terbukti di jalanan biasa mahu pun di litar. Lihat sahaja kemampuan dua jagoan Kawasaki Jonathan Rea dan Tom Sykes dalam perlumbaan World Superbike Championship (WSBK). Dominasi mereka berdua amat ketara pada musim ini dan hakikatnya..... agak sukar untuk ditewaskan.

  • Dari Litar

    Petronas CubPrix 2016 : Pusingan 5, Teluk Intan, Perak : Kasma Sudah Di Depan!

    Seratus mata! Itulah jumlah mata yang kini dimiliki oleh pelumba cilik, Kasma Daniel selepas berjaya meraih kemenangan hatrik pada perlumbaan pusingan kelima yang berlangsung di Teluk Intan pada akhir Julai lalu. Apa pun, kemenangan kali ini tidak datang dengan mudah kerana kemantapan pelumba veteran, Ahmad Fazli Sham wajar digeruni.