Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Oktober 2016

Kandungan isu ini
  • Pandu Uji

    ARCH MOTORCYCLE KRGT-1 : Bintang Berkilau Dari Amerika Syarikat!

    Seorang selebriti bertaraf dunia yang terkenal dengan filem box office menjadikan dunia motosikal sebahagian daripada hidupnya, Keanu Reeves telah bersama-sama menjayakan syarikat pembinaan motosikal yang dikenali dengan nama Arch Motorcycle.

  • Personaliti

    Ezuin Esa : Cinta Pada Motosikal Perlu Keberanian

    Walaupun sudah minat dengan dunia motosikal sejak dari kecil lagi, dia terpaksa menunggu hingga umurnya mencecah 30 tahun untuk memiliki sebuah jentera sendiri.

  • Pandu Uji

    YAMAHA EGO AVANTIZ : Enjin Baru Lebih Segar

    Bukan sesuatu yang mudah bagi sesebuah pengeluar itu untuk terus mendapat sokongan dan kepercayaan daripada para pelanggannya. Pelbagai usaha, inisiatif, inovasi dan kreativiti perlu ditengahkan agar berjaya memenuhi kehendak dan mendapat kepercayaan daripada para pencinta motosikal di luar sana. Untuk itu, sebuah model baru yang diperkenalkan perlu mempunyai ciri-ciri istimewa agar kehadirannya mendapat perhatian para peng-guna motosikal.

  • Model Baru

    N5R Pesaing Terbaru Dari Naza

    Untuk terus berdaya saing, Naza Bikes Sdn Bhd telah melancarkan model terbaru N5R yang menampilkan rekabentuk lebih agresif, mantap dan terkini. Model menarik ini telah diperkenalkan oleh Penasihat Kanan Naza World, En. Zakaria Ismail, COO Naza World, En. David Ting dan Ketua Naza Bikes, En. Tan Soon Wei.

  • Dari Litar

    Petronas CubPrix 2016, Pusingan 7, Kangar, Perlis : Md Akid Kini Pimpin CP115

    Walaupun menamatkan perlumbaan di tempat kedua, kejayaan Md Akid Aziz memperoleh 20 mata berharga telah melonjakkan kedudukan anak muda ini ke tangga teratas keseluruhan CP115 dengan 106 mata. Ini bererti persaingan pastinya bertambah sengit memandangkan sebelum ini tempatnya dimiliki oleh wakil pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffirudin.

  • Pandu Uji

    CMC Italjet 125 : Skuter Bentuk Hebat!

    Tahniah buat Chear Global Sdn Bhd kerana memperkenalkan sebuah skuter baru yang mempunyai rekabentuk unik, sporty dan cukup menarik. Dengan kerjasama di antara Chear Global Sdn Bhd dan Italjet, mesin automatik serba bergaya ini pastinya akan mendapat perhatian para pencinta motosikal di Malaysia.

  • Dari Litar

    MotoGP 2016 : Perebutan Juara Terus Sengit

    Persaingan merebut gelaran juara 2016 di antara Marc Marquez, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo ternyata semakin sengit. Walaupun Marquez kelihatan cukup kuat di separuh musim terawal, namun begitu kemampuan ‘The Doctor’ memberikan tunggangan dan keputusan konsisten agak merisaukan khemah pasukan Repsol Honda. Selepas meraih juara di Mugello, Itali, Lorenzo bagaikan hilang taringnya dengan kegagalan mendapat rentak seperti biasa dan pastinya ia bukanlah satu perkembangan yang positif.

  • Model Baru

    SYM SPORT RIDER 125i Sporty & Bergaya!

    SYM Malaysia telah melancarkan produk terbaru iaitu sebuah jentera 125cc yang didatangkan dengan rekabentuk bergaya dan sistem suntikan bahan api demi penjimatan bahan api yang optimum. Lebih membanggakan apabila Malaysia telah dipilih sebagai negara pertama melancarkan model ini dan ia adalah satu penghargaan amat bermakna buat SYM Malaysia selepas menunjukkan pencapaian memberangsangkan selama ini.