Isu
Motosikal Jaguh merupakan jentera pertama yang dikustomnya. Oleh kerana mendapat komen positif di kalangan rakan-rakan, Bard mengambil keputusan untuk mengubahsuai motosikal yang lain. Model CMC XY400 ini pula memiliki kapasiti enjin besar dan ciri-ciri klasik serta hampir serupa dengan model Honda CB400 SS.
Bagi pencinta motosikal di Malaysia, nama Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain sudah cukup popular. Beliau dikenali sebagai pencinta motosikal sejak puluhan tahun yang lalu dan telah memiliki lebih daripada 100 buah motosikal hingga ke hari ini.