Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Ogos 2016

Kandungan isu ini
  • Warta Roda

    Kempen Keselamatan Balik Kampung Yamaha

    Fokus Di Jalan, Bukan Di Tangan” adalah tema buat pelancaran Kempen Keselamatan Balik Kampung Yamaha ke-18 yang telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai ditemani oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor di Bentong, Pahang bulan lalu.

  • Dari Litar

    WSBK 2016 : Pusingan 8 & 9 / Misano & Laguna Seca : Mesin Hijau Terus Kuasai Litar!

    Selepas kembali temui rentak pada pusingan ketujuh dengan kemenangan dalam kedua-dua perlumbaan, Tom Sykes turun ke Litar Misano pada 19 Jun lalu dengan harapan setinggi gunung. Pada masa yang sama, juara bertahan dan juga rakan sepasukannya, Jonathan Rea kembali memperkuatkan semangatnya untuk menyinar selepas sekian lama tidak ke puncak podium.

  • Warta Roda

    HYPERPRO Jadikan Jentera Kita Lebih Mantap

    Hyperpro bukanlah satu jenama baru yang berada dalam industri permotoran dunia. Jenama yang berasal dari negara Belanda ini diasaskan oleh Hans Rinner pada tahun 1992 bertujuan untuk mempertingkatkan sistem saspensi motosikal ke tahap yang lebih hebat. Hyperpro terkenal sebagai pembekal solusi saspensi progresif yang telah mendapat kepercayaan dan pujian daripada pengguna motosikal di seluruh dunia

  • Warta Roda

    Yamaha Yard Built XSR 900 'Monkeebeast'

    Pembuat motosikal custom terkemuka Denmark Wrenchmonkees sudah tidak asing lagi dalam dunia pengubahsuaian motosikal. Kepakaran mereka ini juga telah mendapat pengiktirafan Yamaha dalam kerjasama menghasilkan projek hebat Yard Built seperti yang pernah dilakukan pada model XSR400 dan XJR1300.

  • Warta Roda

    Kasma Berguru Dengan Rossi Di Itali!

    Tahniah diucapkan buat pelumba muda dari Johor Bharu, Kasma Daniel b Kasmayudin yang telah terpilih untuk menjalani latihan bersama pelumba motosikal lagenda, Valentino Rossi. Program yang diberi nama 'The Master Champ' ini dijalankan oleh VR46 Riders Academy berlangsung pada 1 hingga 10 Julai lalu diadakan di VR46 Ranch dan di Litar Antarabangsa Misano.

  • Model Baru

    CMC Italjet 125 : Skuter Gaya Eropah

    Selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna motosikal menerusi model CMC400, Tekken 250 dan SK200 Street, Chear Global Sdn Bhd yang juga pengedar tunggal CMC telah memperkenalkan sebuah lagi jentera terbaru iaitu model skuter CMC Italjet 125. Model ini adalah yang pertama dalam segmen skuter keluaran CMC.