Isu Terkini

Julai 2024

Isu

November 2017

Kandungan isu ini
  • Warta Roda

    Benelli Best-Shop Pertama Di Malaysia

    Pembuat dan pengeluar motosikal Itali, Benelli telah melancarkan bilik pameran eksklusif iaitu Benelli Best-Shop yang pertama di Malaysia menerusi pengedarnya iaitu Bravo Bike Sdn Bhd yang beroperasi di Persiaran Damai, Damai Court, Temerloh. Bilik pameran ini beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan dengan keluasannya sebanyak 4,500 kaki persegi, ia berkemampuan untuk menempatkan kesemua model Benelli, pusat servis, aksesori dan alat ganti tulen.

  • Warta Produk

    Baju Hujan Tiruan GIVI Dirampas

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melakukan rampasan ke atas sebuah premis perniagaan yang didapati telah menjual baju hujan tiruan berjenama GIVI. Operasi yang mengambil masa kira-kira dua jam setengah telah membawa kepada kejayaan rampasan sebanyak 465 pasang baju hujan.

  • Warta Produk

    Lindungi Diri Dari Hujan Dengan GIVI

    Menjelang bulan November dan Disember, negara kita akan berdepan dengan musim hujan malah ada kalanya kita terpaksa meredah hujan hampir setiap hari. Demi memberi keselesaan dan memudahkan para penunggang, GIVI Asia Sdn Bhd telah memperkenalkan dua produk pakaian hujan menarik iaitu Baju Hujan PRS01.AX dan Pelindung Kasut SC02-N. Ia merupakan keinginan setiap penunggang di kala hujan.

  • Warta Roda

    Menangi Triumph Bonneville 1200!

    Hard Rock Hotel Penang telah melancarkan peraduan 'Rock 'N Ride' khusus buat para pencinta motosikal yang berpeluang memenangi sebuah jentera Triumph Bonneville Bobber Motorcycle 1200 yang berharga RM74,990. Para pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM250 di Hard Rock Cafe Penang akan layak untuk menyertai peraduan ini yang bermula pada bulan September lalu hingga 14 Disember 2017.

  • Pandu Uji

    DUCATI MONSTER 797 : Kekalkan Kehebatan Dari Dulu Hingga Kini

    Bagi pencinta motosikal khususnya model-model naked, nama Ducati Monster wajib anda kenali kerana ia antara jentera-jentera yang mendapat permintaan yang cukup tinggi dari dulu hingga kini.

  • Warta Roda

    Malaysia Bakal Jadi Hab Serantau Untuk Bajaj

    Pengeluar motosikal global, Bajaj Auto Limited (BAL) yang berpengkalan di India terus positif menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pengeluaran produk-produk syarikat ini bagi pasaran di ASEAN. Bajaj merupakan syarikat pengeluar jentera tiga dan dua roda ketiga terbesar di dunia dengan pengeluaran kira-kira lima juta jentera setiap tahun manakala 45% daripada jumlah pengeluaran tersebut adalah untuk tujuan eksport.

  • Sudut RR

    Penerapan Nilai Murni Bermula Dari Rumah

    “Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya”... “Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi”... Bapa Borek, Anak Rintik”...

  • Dari Litar

    Petronas CubPrix 2017 Pusingan 8 - Jempol, Negeri Sembilan : Ramdan Akhiri Kemarau!

    Tahniah buat Md Ramdan Rosli yang berjaya meraih kemenangan pertamanya pada perlumbaan akhir CP150 yang berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan pada 15 Oktober lalu.