Isu
Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd telah menganjurkan konvoi khas untuk para pemilik model CBU pada bulan September lalu. Ekspedisi ini merupakan antara program tahunan yang mendapat sambutan hangat daripada pelanggan mereka setiap kali ia diadakan. Kali ini, CBU Ride berkonvoi ke negeri yang terletak di utara tanah air, Perlis Indera Kayangan. Konvoi disertai oleh lebih 50 buah motosikal pelbagai model Kawasaki yang terdiri daripada GTR1400, Z1000, Z1000SX, ZX10-R dan ZX6R. Konvoi dilepaskan di ibu pejabat Kawasaki Glenmarie, Shah Alam oleh En. Awalludin Mohammed Lip, Pengurus Kanan Perancangan & Pemasaran KMSB dan DSP Tuan Sahimi Mansor, Ketua Trafik Selangor pada jam 8.30 pagi.
Honda Motor tampil ke pameran motosikal antarabangsa, Intermot di Koln, Jerman pada 4 Oktober lalu dengan memperkenalkan dua model terbaru iaitu CBR1000RR Fireblade dan CB1100. Kedua-dua mesin ikonik ini ternyata bagaikan sebahagian daripada jiwa pencinta motosikal di seluruh dunia dan sememangnya ia dinanti-nantikan.
The International Motorcycle, Scooter and E-Bike Fair, atau lebih dikenali sebagai Intermot telah berulang kembali untuk 2016 pada 3 - 9 Oktober yang lepas. Ianya berlangsung selama seminggu di Koelnmesse, iaitu tapak pameran utama di Cologne, Jerman.
Pelumba veteran, Ahmad Fazli Sham telah membuktikan bahawa usia bukan faktor untuk tidak berjaya. Di usia 34 tahun, Fazli masih mampu mengerahkan tenaganya untuk bersaing dengan para pelumba muda yang kini mempunyai kemahiran yang semakin tinggi.