Isu Terkini

Julai 2024

Isu

November 2016

Kandungan isu ini
  • Warta Roda

    BMW Motorrad RR Experience Track Day

    BMW Group Malaysia telah menganjurkan BMW Motorrad RR Experience Track Day pada 5 Oktober lalu dengan memberi peluang kepada para pemilik dan wakil media merasai dan menikmati kemantapan jentera supersport terulung iaitu S 1000 RR di Litar Antarabangsa Sepang. Selain daripada model sport itu, para peserta seramai 100 orang turut diberi peluang menguji beberapa lagi model terbaik BMW seperti S 1000 XR, R 1200 GS, S 1000 R dan R Nine T.

  • Warta Roda

    MV AGUSTA F4Z ZAGATO

    Bertempat di International Concours d'Elegance Chantilly Arts & Elegance, model unik F4Z telah dipertontonkan buat pertama kalinya dan ia merupakan motosikal Atelier (studio) yang dihasilkan bersama oleh perekacipta ternama, Zagato dan pengeluar motosikal berprestij dunia iaitu MV Agusta.

  • Warta Produk

    GIVI Dolomiti Diperkenalkan Di Intermot

    Selepas mem-perkenalkan kotak barang sisi Trekker DOLOMITI pada awal tahun 2016, GIVI hadir ke pameran motosikal antarabangsa Intermot dengan melancarkan kotak barang belakang Trekker DOLOMITI yang terbaru.

  • Pandu Uji

    SPORT RIDER 125i : Moped SYM Pertama Dengan Suntikan Bahan Api

    Tahniah buat SYM Malaysia selepas muncul antara jenama motosikal yang paling berpengaruh di Malaysia dan pastinya kejayaan ini dikecapi dengan adanya pasukan hebat yang sentiasa mampu menawarkan idea-idea bernas dan pembaharuan berkualiti seperti yang diinginkan oleh para pencinta motosikal di seluruh negara.

  • Pandu Uji

    YAMAHA MT-09 TRACER : Lengkap

    Bukan selalu, tetapi sekali sekala dalam hidup ini kita dapat menyaksikan pembuahan sebuah idea yang masanya telah tiba. Begitulah dengan Yamaha MT-09 Tracer ini. Motosikal ini merupakan penyertaan Yamaha ke dalam genre Sport Touring yang semakin popular sekarang ini.

  • Pandu Uji

    HONDA RS150R : Pencabar Terbaru Kelas Super Moped

    Sememangnya kelas Super moped empat lejang semakin mendapat perhatian dari semua lapisan peminat motosikal di Malaysia. Pelbagai ciri-ciri menarik, canggih dan berkuasa tinggi serta rupabentuk yang 'mengancam' menjadikan moped bersesaran 150cc menjadi kegilaan ramai. Di Malaysia, Suzuki adalah pengeluar pertama yang memperkenalkan Belang 150 pada tahun 2008 dan Yamaha pula memperkenalkan Y15ZR pada tahun 2015.

  • Warta Roda

    ANITA YUSOF : Tamatkan Pengembaraan Solo Dengan Jayanya!

    Tahniah dan selamat pulang wirawati negara, Anita Yusof setelah berjaya melakukan pengembaraan penuh bersejarah ke 40 buah negara dengan jarak perjalanan kira-kira 65,000 kilometer. Anita berumur 49 tahun menggelarkan pengembaraan solonya itu Golden Dream Ride (GDR) dan sememangnya ia merupakan satu perjalanan yang sangat luar biasa.

  • Berita Kelab

    Pemilik Airblade Sambut Merdeka Di Putrajaya

    Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, Air Blade Owner Malaysia telah menganjurkan satu perjumpaan yang melibatkan para pemilik Honda Airblade 125 yang diadakan di Putrajaya. Kelab ini ditubuhkan menerusi aplikasi WhatsApp dan telah berjaya mengumpulkan kira-kira 80 orang ahli dari seluruh tanahair.