Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Mei 2019

Kandungan isu ini
  • Pandu Uji

    CMC Italjet Valentine 125 Tawar Tunggangan Bergaya

    Selain model-model moped, skuter turut menjadi pilihan utama para pencinta dua roda. Hari demi hari model skuter semakin mendapat sambutan di Malaysia. Motosikal skuter sentiasa memberikan tunggang santai, mempunyai ruang simpanan bawah pelana yang luas, menjimatkan petrol dan yang paling penting mudah untuk dikendalikan.

  • Bintang

    Y15ZR Berkonsepkan Superbike

    Berbicara tentang motosikal, setiap pecinta dua roda inginkan sebuah jentera yang cantik, garang dan mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Untuk mengubahsuai motosikal bukannya satu perkara yang mudah, ia amat memerlukan kos yang tinggi dan juga tenaga kerja yang berkemahiran.

  • Pandu Uji

    Honda CRF1000L Africa Twin Puaskan Penunggang Walau Ke Mana Saja

    Seperti yang sedia maklum, Honda telah berjaya melahirkan jentera pengembaraan mereka sejak dari dulu lagi dan antara model paling popular ialah Honda Africa Twin yang diperkenalkan pada tahun 1988 dengan enjin bersesaran 650cc. Dua tahun kemudian, model 750cc diperkenalkan dan beberapa lagi versi 750cc dilancarkan lagi hinggalah pada tahun 2003 sebelum tiada lagi model baru Africa Twin ditampilkan.

  • Model Baru

    Yamaha Y15ZR Baru Kini Lebih Garang

    Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah melancarkan model terbaru Y15ZR v2 pada 24 Mac lalu di perlumbaan pusingan pertama PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Jasin, Melaka.

  • Model Baru

    Dua Model Terkini Royal Enfield Dilancarkan

    Royal Enfield Malaysia (RE Motorcycles Sdn Bhd) telah melancarkan dua model terbaru iaitu Royal Enfield Continental GT 650 & Royal Enfield Interceptor INT 650 di pusat pameran RE yang terletak di Taman Perindustrian Tiong Nam, Shah Alam.

  • Warta Produk

    Produk Baru GIVI Untuk Pencinta Motosikal

    Tahniah GIVI Asia di atas sambutan Ulang Tahun yang ke-25 pada tahun ini. GIVI Asia telah melancarkan sekurang-kurangnya 15 produk baru yang terdiri daripada kotak barangan, kotak barangan tengah, beg kalis air, topi keledar, pouchbag dan kunci keselamatan.

  • Warta Produk

    Pirelli Diablo Rosso Sport Beri Keyakinan Buat Penunggang

    Selaku pengeluar tayar terkemuka di dunia, Pirelli dengan bangganya telah melancarkan siri terbaru Pirelli Diablo Rosso Sport yang direka khas untuk motosikal underbone dan jentera sport berkuasa sederhana hingga ke 400cc.

  • Warta Roda

    RE Malaysia Menikmati Kesegaran Di Cameron Highlands

    Untuk menghargai kesetiaan dan sokongan para pelanggan, Royal Enfield Malaysia (RE Motorcycles Sdn Bhd) telah menganjurkan satu konvoi ke Cameron Highlands pada penghujung Mac lalu yang disertai oleh 37 buah jentera R.E pelbagai jenis.