Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Mei 2015

Kandungan isu ini
  • Warta Roda

    Komitment Kawasaki Untuk Kempen Derma Darah Kali Ke-7

  • Model Baru

    Pelancaran Antarabangsa MV AGUSTA TURISMO VELOCE 800 Di Perancis

    Setelah lebih daripada satu tahun ianya diperkenalkan (di EICMA 2013), MV Agusta kini melancarkan model terbarunya, Turismo Veloce 800. Acara pelancaran ini diadakan di Saint-Jean Cap-Ferrat, sebuah semenanjung yang terletak di antara bandaraya Nice di Perancis dan Kerajaan (kecil) Monaco. Kawasan yang mengandungi Nice, Saint-Jean Cap-Ferrat dan Monaco ini juga dikenali sebagai Cote d’Azur atau French Riviera.

  • Dari Litar

    MotoGP 2015 : Pusingan 1 & 2 Qatar & US. Rossi 1, Marquez 1!

    Seorang berumur 36 tahun manakala seorang lagi baru 22 tahun dan kedua-duanya bagaikan raja yang sedang berentap hebat untuk mendapatkan kemenangan mutlak. Inilah senario yang sedang dan bakal terus berlaku antara Valentino Rossi dan Marc Marquez! Selamat datang ke dunia MotoGP 2015! Musim baru yang bakal memberi kejutan demi kejutan terutamanya daripada pasukan-pasukan popular seperti Yamaha Racing, Repsol Honda dan Ducati Racing.

  • Warta Roda

    Royal Enfield One Ride 2015 ke Melaka

    Sudah menjadi tradisi Royal Enfield (R.E) di seluruh dunia untuk menganjurkan konvoi atau ride di penghujung minggu pertama bulan April bertujuan untuk meraikan semangat menunggang dan setia kawan sesama pemilik Royal Enfield. Tahun ini, Royal Enfield Malaysia telah memilih untuk bermotor dari ibu pejabatnya di Puchong ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

  • Pandu Uji

    HONDA PCX 150 : Sesuai Ke Mana Sahaja!

    Ke arah Ipoh! Itulah cadangan paling awal diterima selepas mendapat peluang menguji Honda PCX150 terbaru dan terima kasih kepada pihak Boon Siew Honda atas kesudian memberi peluang menguji jentera yang semakin popular ini. Selepas destinasi dipilih, segala persiapan dibuat dan sememangnya ruang barang bawah pelananya yang bersaiz 25 liter cukup luas untuk diisi pelbagai jenis barangan.

  • Pandu Uji

    SUZUKI SFV650 GLADIUS : Mudah Untuk Semua Tunggangan

    Mari kita berkenalan dengan model terbaru Suzuki, SFV650 Gladius! Sebuah jentera jalanan sporty yang dihasilkan lengkap dengan kerangka trellis bertegaran tinggi, stail yang agresif dan bentuk yang menarik. Amat mengujakan apabila jentera ini turut memberikan pengalaman menunggang yang merangsangkan kerana enjinnya bersesaran 645cc, cukup lancar dan berkuasa.

  • Model Baru

    HARLEY DAVIDSON STREET 750 'HOT BIKE' TERBARU

    Naza Prestige Bike Sdn Bhd, telah memperkenalkan model terbaru Harley Davidson Street 750 pada 15 April lalu dan dengan pengenalan ini dijangkakan mampu melonjak jumlah jualan keseluruhan model-model Harley sebanyak 25%. Perasmian model ini telah disempurnakan oleh En. Juan Chow Wee, Timbalan Presiden Bahagian Two Wheel, Kumpulan Naza World dan ditemani oleh En. Azmi Daud Sharman, Ketua Syarikat Naza Prestige Bikes Sdn Bhd.