Isu
Tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) yang telah menganjurkan Track Day khusus untuk para pemilik motosikal berkuasa tinggi Yamaha seperti XJ6 Diversion, XJ6 Naked, MT-07 dan MT-09. Program yang diadakan di litar go-kart SIC itu berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 orang peserta yang hadir dari seluruh negara, utara, selatan, timur dan barat.
Sekitar tahun 60an sehingga 70an, model-model Vespa amat terkenal di jalanan Eropah sehinggakan digelar 'Vespino' kepada sesiapa sahaja yang menunggang model ini pada waktu itu. Kini NAZA Primera Sdn. Bhd. mengembalikan nostalgia dunia skuter itu di Malaysia pada April lalu dengan pelancaran model terbaru Vespa Sprint 150cc.
Untuk menghargai sokongan yang diberikan selama ini, KTM Malaysia CKD telah menganjurkan ekspedisi ke Songkhla, Thailand pada akhir bulan Januari lalu. Program menarik ini telah berjaya mengumpulkan hampir 200 orang peserta terdiri daripada pemilik 200 Duke, 390 Duke dan 690 Duke yang hadir dari seluruh negara.
Atas inisiatif para pemilik MODENAS Dinamik 120 yang bersemangat pada bulan Mac lalu, mereka telah berjaya mengadakan perjumpaan buat kali kedua di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah. Lebih daripada 350 buah motosikal ini berjaya dikumpul dari utara hingga selatan semenanjung tanahair. Tujuan mengadakan perjumpaan kali kedua ini adalah untuk mengumpulkan para pemilik Dinamik 120 yang berada di negeri utara semenanjung seperti negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang supaya dapat berkenalan dan bertukar pendapat antara satu sama lain.
Pengeluar kereta dan motosikal premium, Kumpulan BMW telah menganjurkan BMW World Malaysia buat julung kalinya selama empat hari bermula pada 16 April lalu. Ia mempamerkan enam model terbaru daripada keluaran Kumpulan BMW Malaysia iaitu BMW, MINI dan BMW Motorrad. Selain daripada pengenalan model-model ini, turut dipamerkan ialah model-model kenderaan empat dan dua roda yang telah berada di pasaran dan jentera-jentera konsep.
Tiga pusingan telah berlalu - Australia, Thailand dan Sepanyol. Namun kepantasan dan kemahiran pelumba Kawasaki Racing, Jonathan Rea ternyata sukar untuk ditandingi. Selepas menempa kejayaan di Australia, pelumba kelahiran Ireland ini bagaikan tiada penghalang meratah setiap selekoh dengan kemas dan selesa sekali dengan memenangi perlumbaan 1 dan 2 di Chiang Thai pada 22 Mac lalu.
Ramai di antara kita yang bermotosikal mempunyai laluan tahunan yang tersendiri. Ia adalah tempat yang pasti akan anda lawati berulang kali sama ada berseorangan atau pun bersama rakan-rakan rapat. Saya sebagai contohnya, akan bermotosikal ke Death Valley dan ia merupakan pilihan saya sejak tahun 1977.
Model Vulcan sudah tidak asing lagi buat para penggemar motosikal cruiser di Malaysia. Antara model yang masih ditunggang dengan megah di jalanan ialah Vulcan 500, Vulcan 750, Vulcan 1500 hinggalah yang berkuasa 2,053cc dan yang terakhir diperkenalkan oleh Kawasaki Malaysia Motors Sdn Bhd (KMSB) ialah model Vulcan 250 (VNII) kira-kira enam tahun yang lalu.