Isu
Yamaha pastinya cukup gembira selepas model FJ-09 (di Malaysia dikenali dengan model MT-09 Tracer) ini mendapat sambutan hangat di pasaran Eropah dan USA. Antara faktor utama mengapa model ini popular ialah ia dapat memenuhi apa yang diingini iaitu prestasi, keselesaan dan harga mampu milik.
Di pameran motosikal antarabangsa EICMA, Suzuki tampil dengan memperkenalkan tiga model baru yang mendapat pujian banyak pihak. Ketiga-tiga jentera baru ini bukan sahaja dilengkapkan dengan teknologi terkini tetapi paling mengujakan ialah ia lebih anggun, ceria, praktikal dan mesra penunggang.
Tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) yang maju setapak lagi dengan pengenalan sebuah skuter terbaru, NMAX yang menawarkan sebuah enjin pancitan bahan api bersesaran 155cc, empat lejang, SOHC yang mempunyai kemiripan rekabentuk model-model 'Max' lain seperti TMax dan XMax.
Boon Siew Honda menambah koleksi jenteranya dengan melancarkan model terbaru Wave Dash FI yang kini dilengkapi dengan teknologi Programmed Fuel Injection (PGM-FI) yang menawarkan kelancaran dan ketepatan pendikit disamping penjimatan bahan api yang optimum.