Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Mac 2015

Kandungan isu ini
  • Warta Roda

    Klinik Menunggang Untuk Pemilik MV Agusta

    Seorang penunggang motosikal yang baik sewajarnya mengetahui bukan sahaja perjalanan yang bakal ditempuhi tetapi juga cara dan gaya tunggangan yang betul dan selamat. Untuk mengetahui teknik tunggangan yang betul, Chear Motor Sdn Bhd selaku pengedar sah MV Agusta di Malaysia telah menganjurkan klinik tunggangan bertempat di litar yang dikelolakan oleh tiga penunggang berpengalaman dari Sports Rider Riding Clinic iaitu En. Lee Ching Hooi, En. Michael Wong dan En. Rahim Sidek.

  • Warta Roda

    Kelab CBR-RR MALAYSIA Raikan Penubuhannya

    Sejak kelab ini ditubuhkan tahun lalu atas inisiatif para pemiliknya, mereka berjaya mengumpulkan lebih daripada 270 buah motosikal jenis Honda CBR1000RR dan CBR600RR dari seluruh semenanjung Malaysia. Selain mengeratkan silaturrahim sesama ahli, mereka juga dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan seperti berkonvoi amal ke rumah anak-anak yatim, berekspedisi dan sessi perjumpaan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman.

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda Bantu Mangsa Banjir

    Walaupun keadaan banjir di beberapa kawasan Pantai Timur telah pulih sepenuhnya, mangsa-mangsa banjir kini terpaksa berdepan pula dengan masalah kerosakan yang melibatkan pelbagai jenis barangan dan kenderaan termasuklah motosikal. Atas keprihatinan Boon Siew Honda (BSH) kepada para pemilik motosikal Honda khususnya, Misi Kemasyarakatan Koporat yang menawarkan bantuan servis percuma telah dianjurkan pada 14 hingga 21 Januari lalu.

  • Warta Roda

    KTM Buka Pusat Pameran Terbaru

    Para pelanggan dan peminat KTM pastinya akan turut bergembira apabila mendapati, KTM Malaysia CKD telah memperkenalkan pusat pameran terbaru serba lengkap yang terletak di Kota Damansara untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggannya. Pusat pameran yang bergelar 'KTM Lifestyle Showroom ini telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Operasi KTM Motorrad-AG, En. Harald Plockinger, Ketua Pegawai Kewangan KTM Motorrad-AG, En. Victor Sigl dan Dato' Seri Syed Badlishah, Pengerusi Eurotech Manufacturer Sdn Bhd.

  • Pandu Uji

    MV Agusta Brutale 800 DRAGSTER : Sebuah Mesin Hebat!

    Mari kita berterus terang – kalau bercerita pasal model ini, pastinlaj rekabentuknya menjadi perbualan utama. Ia adalah model teranggun pernah dihasilkan manakala namanya juga menarik. Selamat datang MV Agusta Brutale 800 Dragster yang menawarkan rekabentuk unik – selalunya rekabentuk seperti ini hanya dapat kita lihat di bengkel cruiser custom v-kembar Amerika. Ia memang sebuah jentera yang 'diubahsuai' daripada model Brutale 800 naked dengan cemerlang sekali.

  • Warta Roda

    Bilik Pameran Serba Baru SYM!

    Untuk menampung permintaan yang semakin meningkat dan juga memberikan ruang yang lebih selesa kepada para pelanggannya, SYM Malaysia telah merasmikan bilik pameran terbaru mereka yang terletak di No:15 Jalan Segambut Atas, Taman Segambut, Kuala Lumpur.

  • Model Baru

    Attila Elizabeth 125 & Symphony 150 : 2 Model Terbaru Dari SYM!

    SYM di Malaysia merupakan jenama motosikal yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Tahniah diucapkan buat Mforce Bike Holding SB selaku pengedar dan Malaysian Formula Bikes SB yang bertanggungjawab sebagai pengimport dan pemasang mesin-mesin SYM atas kejayaan menjadi salah satu jenama paling berpengaruh di Malaysia. Mengimbau kembali sejarahnya, nama jenama ini mulai popular selepas memperkenalkan skuter maksi VTS200 pada tahun 2009.

  • Model Baru

    YAMAHA YZF-R25 : Yang Ditunggu Sudah Tiba

    Semenjak ianya diperkenalkan di negara jiran pada pertengahan tahun lalu, para peminat motosikal di tanahair sudah tidak sabar lagi untuk melihatnya di pasaran negara. Bagi pengguna laman sosial, gambar-gambar model terbaru Yamaha YZF-R25 yang telah dimuat naik oleh rakan-rakan dan pihak media seberang dengan pantas menjadi viral dan tajuk bualan ribuan peminat motosikal. Keupayaan dan prestasi Yamaha YZF-R25 ini diuji sebaik-baiknya di perlumbaan Yamaha Asean Cup awal tahun ini. Hasil daripada ‘ujian’ itu amat memberangsangkan.