Isu
Harmony Fabulous Sdn Bhd, pengedar rasmi jentera Victory Motorcycle dan Indian Motorcycle telah menganjurkan sesi makan dan minum pagi bersama para pencinta motosikal pada penghujung April lalu. Program santai ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama rakan motosikal seterusnya mempromosikan jentera-jentera Victory dan Indian kini yang semakin mendapat perhatian.
Pelumba muda cukup berbakat, Kasma Daniel dari pasukan Petronas Yamaha Maju Motor kini hanya berada lapan mata di belakang Fazli yang sedang mendahului carta mata keseluruhan untuk persaingan kelas prima musim ini. Selepas menyinar pada pusingan pertama, Kasma cuba untuk mengkekalkan perlumbaan seterusnya (Litar Batu Kawan) tetapi masalah teknikal yang menimpa telah memusnahkan harapannya untuk berada di podium.