Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Jun 2016

Kandungan isu ini
  • Warta Produk

    METZELER ROADTEC 01 : Tayar Pengembaraan Sporty

    Keupayaan dan kemantapan prestasi tayar-tayar keluaran Metzeler tidak perlu dipertikaikan lagi dan pastinya ia tidak datang sekelip mata. Jenama dari Munich ini diasaskan oleh R.F. Metzeler pada tahun 1863 dengan menumpukan seluruh perhatiannya dalam perusahaan berkaitan dengan getah dan barangan plastik. Kira-kira lapan tahun selepas itu, kilang pertama Metzeler telah dibina di Schwanthalerstrasse, Munich.

  • Dari Litar

    MotoGP 2016 : Suzuki Kembali Ke Podium!

    Kali terakhir pasukan Suzuki berdiri megah di tangga podium ialah pada tahun 2008 menerusi dua pelumba ternama mereka iaitu Chris Vermuelen dan Loris Capirossi. Podium pertama mereka dicapai pada pusingan ke-10 yang berlangsung di Litar Sachsenring selepas Chris berjaya memberi saingan dalam kelompok hadapan untuk merebut tempat ketiga.

  • Pandu Uji

    HONDA CB500X 2016 : Jentera Adventure Mampu Milik

    Model ini diperkenalkan pada tahun 2013 dan kini, selepas tiga tahun berada di pasaran.... jentera pengembaraan paling popular di Jepun, CB500X telah diperkenalkan kembali dengan nafas serba baru. Versi terkini CB500X ini dihasil berasaskan dua 'saudara’nya iaitu model berfairing penuh, CBR500R dan model jalanan, CB500F. Seperti model sebelumnya, CB500X ini juga amat berbaloi untuk dimiliki... bak kata orang putih, value for money!

  • Model Baru

    Vespa S 125 : Penyambung Legasi 'Vespino'

    Vespa amat terkenal di jalanan Eropah sehinggakan digelar 'Vespino' kepada sesiapa sahaja yang menunggang jentera ini sekitar tahun 60-an dan 70-an. Kini NAZA Primera Sdn Bhd menyambung legasi dunia skuter itu di Malaysia pada Mei lalu dengan pelancaran model terbaru Vespa S 125.

  • Warta Roda

    Warna Baru YAMAHA 125ZR

    Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya memperkenalkan warna terbaru untuk model Yamaha 125ZR. Jentera yang sememangnya antara paling popular ini telah diberi sentuhan kreatif dan innovatif dalam usaha untuk menepati permintaan para peminatnya.

  • Pandu Uji

    Menunggang YAMAHA NMAX 155 Seronok & Selesa!

    Pasaran motosikal di Malaysia sekarang ini ternyata semakin hari semakin luas. Jika dahulunya kita hanya melihat penguasaan jentera-jentera moped di jalan raya tetapi kini pemandangan itu telah jauh berbeza dengan kehadiran jentera-jentera segmen yang berlainan seperti streetbike, touring bike dan skuter. Tahniah buat Yamaha yang sememangnya antara penyumbang terbanyak jentera automatik ini dalam pasaran negara.

  • Warta Produk

    Rennoil : Pelincir Prestasi Premium Dunia Permotoran

    Pasaran pelincir enjin di Malaysia antara salah satu medan persaingan yang sengit di kalangan pengeluar-pengeluar minyak gergasi. Pelbagai produk yang berkualiti tinggi dan terbaik ditawarkan kepada para pengguna yang mahukan prestasi jentera mereka di tahap yang optimum.

  • Personaliti

    Mr. Sam Mengamalkan Tunggangan Berhemah

    Walaupun sudah berusia 66 tahun... cintanya terhadap motosikal tidak pernah padam dari dulu hingga kini. Menurutnya, dengan bermotor, dia mendapat kebebasan dan pengalaman hidup. Jom kita kenali personaliti RR kali ini, Mr. Samy Dorai dari Shah Alam.