Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Jun 2015

Kandungan isu ini
  • Pandu Uji

    Suzuki Smash Fi SR : Jimat & Mantap!

    Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, Suzuki Smash 110 mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pengguna pada waktu itu. Kemudian diikuti dengan model klac manual, Smash Pro 110 yang dilancarkan pada tahun 2005. Pada tahun 2010 diperkenalkan pula model Smash V115 dan sejak itu ia mengalami perubahan rekacorak grafik sehinggalah sekarang. Setelah 12 tahun model ini berada di jalan raya di setiap pelusuk negara, kini ia kembali dengan rupa bentuk baru yang lebih segar dan moden. Malah, turut dilengkapi dengan sistem pancitan bahan api menggantikan sistem karburetor yang lebih menjimatkan petrol - Suzuki Smash Fi 115.

  • Warta Roda

    Kawasaki Raikan 10 Pemilik Terawal Ninja H2 & H2R

    Model terulung, Kawasaki Ninja H2 dan H2R merupakan jentera idaman hampir setiap pencinta motosikal di seluruh dunia. Model-model ini menawarkan sistem enjin serba baru, kuasa hantaran amat menakjubkan serta rekabentuk yang mantap. Tanggal 30 April lalu pastinya menjadi sejarah buat sembilan orang penunggang motosikal yang merupakan penerima pertama jentera-jentera ini di Malaysia.

  • Pandu Uji

    MV AGUSTA TURISMO VELOCE 800

    Untuk sekian lama para pemilik MV Agusta sering kali membawa bersama ….sejarah jenama ini. Warisan perlumbaan yang bermula pada tahun-tahun 1950an membuahkan model-model MV Agusta yang mempunyai tindak balas yang tepat dan tajam apabila berbicara mengenai pengendalian, kuasa dan kelajuan. Malah, sebelum model Stradale 800 diperkenalkan, memang agak sukar untuk kita berhadapan atau berjumpa dengan model-model MV Agusta yang boleh kita kaitkan dengan perkataan ‘praktikal.’

  • Model Baru

    HONDA EX5 Dream Fi Baru!

    Dalam pasaran negara, model Honda EX5 tidak perlu diperkenalkan lagi. Jentera yang juga digelar 'Raja Kapcai' ini merupakan model pilihan bagi para penunggang motosikal semua jenis golongan tidak kira umur, pangkat, jantina dan jenis pekerjaan. Terbaru, Boon Siew Honda Sdn Bhd selaku pengeluar dan pengedar motosikal Honda telah memperkenalkan EX5 Dream FI yang menawarkan enjin berteknologi baru yang dihasilkan untuk peningkatan hantaran kuasa di samping penjimatan bahan api yang optimum.

  • Model Baru

    Suzuki Address Comel dan Berkuasa!

    Jika berbicara mengenai dunia skuter, Suzuki merupakan jenama paling awal memperkenalkan model-model automatik di pasaran negara. Siapa tidak kenal model V100 dan model paling popular V125 yang pernah 'bermaharajalela' di jalanan seluruh Malaysia suatu ketika lalu.

  • Dari Litar

    Affendi Semakin Temui Rentak

    Usaha gigih tanpa mengenal jemu akhirnya membuahkan hasil! Itulah yang dinikmati oleh pelumba pasukan Yamaha Petronas CKJ, Mohd Affendi Rosli selepas menempa kejayaan sulungnya dalam kelas prima di litar Muar pada 2 Mei lalu. Kali terakhir Affendi muncul juara ialah pada perlumbaan pusingan kesembilan (Jempol, Negeri Sembilan) tahun lepas. Bermula di tempat kedua tidak memberikan masalah buat Affendi untuk tiba terlebih dahulu di selekoh pertama.

  • Dari Litar

    Steve Martin Mula Dengan Langkah Kanan!

    Pusingan pertama Pirelli Malaysia Superbike Championship telah berlangsung dengan jayanya di Litar Antarabangsa Sepang SIC pada awal Mei lalu. Dalam persaingan musim ini terdapat beberapa kategori dijalankan seperti Kejuaraan Superbike, Superstock, Supersport, Open 250 dan yang terbaru ialah siri Ducati 899 Cup. Sememangnya kejuaraan ini berjaya mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dan pastinya menyemarakkan lagi industri sukan permotoran negara.

  • Bintang

    Street Cub Pak Long Ranggi!

    Ranggi', unik, lain dari yang lain, canggih dan cantik dipandang! Itulah kata-kata yang boleh diungkapkan apabila melihat motosikal ini buat kali pertama. Mengubahsuai motosikal dengan hasil tangan sendiri memberikan kepuasan yang tersendiri kepada setiap pemiliknya. “Segala penat lelah dirasakan berbaloi dengan hasil yang menarik perhatian setiap mata yang memandang.” Hobi anak jati negeri Kedah ini adalah mengubahsuai motosikalnya mengikut kreativiti tersendiri.