Isu
Pelumba Itali, jentera Itali dan GP Itali... itulah keistimewaan dan keunikan perlumbaan pusingan 6 yang berlangsung di Mugello Itali pada awal Jun lalu selepas Andrea Dovizioso daripada Pasukan Ducati telah menewaskan para pelumba lain untuk merangkul kejuaraan yang diidam-idamkannya sejak sekian lama.
Empat tahun yang lalu, siri Benelli BN600 telah diperkenalkan di 'pentas' dunia dan berjaya mendapat maklum balas yang cukup positif. Model ini dikeluarkan di China oleh jenama terkenal Itali yang dimiliki oleh Qianjiang yang lebih popular di kalangan para pekerja mereka dengan panggilan QJ.