Isu
Danang, Vietnam merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan keindahan pantainya dan sejarah peninggalan kolonial Perancis. Pada 24 hingga 27 April lalu, bandar istimewa ini telah dipilih untuk meraikan para pengedar syarikat tayar FKR atas kejayaan mereka membantu meningkatkan penjualan produk ini.
Bersempena dengan perlumbaan Motul FIM Superbike World Championship yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada pertengahan Mei lalu, syarikat pengeluar tayar berprestij, Pirelli telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Pirelli Diablo Rosso III yang dihadiri oleh wakil wartawan dari negara-negara Asia Pasifik.
Untuk terus berdiri kukuh di pasaran negara, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah memperkenalkan model terbarunya, RS150R pada 13 Jun lalu. RS150R ini juga merupakan model kategori moped pertama dari jenama ini untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi enjin bersesaran 150cc.
Demi memberikan jentera bernafas baru, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenalkan model terkini, Honda Future FI yang menjanjikan pengalaman menunggang lebih baik dan lebih menyeronokkan. Dengan tagline 'Lebih Efisien, Lebih Keyakinan' Honda Future FI kini lebih berkuasa serta mengekalkan ciri-ciri yang cukup praktikal.
Perjalanan kali ini memang cukup mencabar! Saya dapat merasai menunggang di selekoh pantas seperti hairpin dan selekoh-selekoh tajam biasa yang bagaikan tidak ada penamatnya. Kami (Suzuki V-Strom dan saya) sedang 'terbang' di angkasa, tinggi di atas ribuan lembah-lembah yang cant ik dan menarik.