Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Julai 2016

Kandungan isu ini
  • Pandu Uji

    YAMAHA VMAX : Raksasa Jalanan

    Bagi sebuah jentera seperti Yamaha VMAX ini boleh digunakan untuk menunggang secara santai bersama teman wanita anda dalam perjalanan ke tempat perkelahan yang girang dan penuh dengan gelak ketawa.

  • Warta Roda

    7 Pemenang Motosikal Menangi Jelajah Ke Langkawi

    Tahniah buat tujuh orang penunggang motosikal bertuah yang telah memenangi percutian jelajah 5 hari 4 malam ke Langkawi selepas berjaya memenangi peraduan Shell Advance #Advance2Langkawi yang diadakan pada Disember lepas.

  • Dari Litar

    Petronas CubPrix 2016, Pusingan 4, Pasir Mas, Kelantan : Jarak Fazli & Kasma Semakin Rapat

    Pelumba rookie CP130, Kasma Daniel Kasmayuddin berjaya meraih satu lagi kemenangan kali ini di Litar Pasir Mas, Kelantan pada bulan Mei lalu. Kejayaan ini juga telah merapatkan jurang mata antara dia dan Ahmad Fazli Sham, di tangga pertama keseluruhan hanya dengan tiga mata sahaja.

  • Warta Roda

    Sesi Pandu Uji Kawasaki Ninja ZX-10R 2016 Bersama Media

    Jentera yang sinonim dengan warna hijau ini sudah acap kali memenangi perlumbaan tersohor WSBK. Sejak kejayaan pelumba mereka iaitu Tom Sykes yang menjuarai musim 2013, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan kepada jentera Ninja ZX-10R versi jalanan agar setiap pemiliknya dapat merasai pengalaman menunggang replika jentera sang juara.

  • Pandu Uji

    TRIUMPH BONNEVILLE T120 : Jentera Serba Moden, Bersalutkan Paras Rupa Klasik

    Selama 15 tahun, syarikat Triumph Motorcycles terkenal dengan koleksi klasik modennya yang terdiri daripada Bonneville, Bonneville T100, Thruxton dan Scrambler. Keempat-empat motosikal ini secara kolektifnya memperkenalkan satu gaya menunggang retro yang menjadi tarikan kepada beberapa kumpulan penunggang. Antaranya kumpulan nostalgia yang teringatkan kenderaan seperti Triumph, BSA, Norton dan seangkatan dengannya, kepunyaan mereka (ataupun ayah mereka) semasa muda. Satu lagi pula kumpulan muda-mudi hipster, dengan gaya retro mereka sendiri yang inginkan tunggangan yang mencerminkan cara hidup mereka.

  • Dari Litar

    WSBK 2016 Pusingan Ke-7, Donington Park, UK : Tom Sykes Lepas Geram

    Perlumbaan pusingan ketujuh yang berlangsung di litar terkemuka Donington Park ternyata mencuri tumpuan dunia apabila pelumba 'tuan rumah', Tom Sykes berjaya meraih kemenangan dua perlumbaan dengan begitu sempurna sekali. Kali terakhir pelumba berusia 30 tahun ini melakukan magis iaitu dengan dua kemenangan dalam satu pusingan juga berlangsung di litar yang sama musim lalu.

  • Model Baru

    Keluarga Klasik Moden TRIUMPH BONNEVILLE Kini Di Malaysia

    Triumph merupakan antara jenama motosikal yang berpengaruh di seluruh dunia sejak dihasilkan pada tahun 1902. Sehingga kini kita terus melihat jentera Triumph bergerak megah hampir ke mana sahaja di seluruh dunia. Kini Triumph semakin kukuh dengan pengenalan model klasik modennya (keluarga Bonneville) pada tahun ini. Rangkaian model ini menggunakan enjin rekaan terbaru yang dilengkapi dengan sistem sejukkan cecair berbanding model yang terdahulu.

  • Warta Roda

    Konvoi Benelli Ke WSBK Sepang 2016

    Benelli Keeway Motorcycles (BKM) Sdn Bhd, pemasang dan pengedar tunggal jenama motosikal Benelli dan Keeway di Malaysia, telah menganjurkan konvoi sempena Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK 2016) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 Mei lalu. Konvoi bersejarah ini disertai lebih daripada 100 buah motosikal Benelli dari seluruh negara yang telah menarik minat para peserta dari pelbagai latar belakang.