Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Januari 2015

Kandungan isu ini
  • Warta Roda

    Konvoi Benelli Jelajah Ke Krabi

    Untuk merapatkan hubungan sesama pencinta motosikal, Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) telah menganjurkan satu konvoi ke Krabi, Thailand yang disertai oleh para pemilik jentera Benelli berbagai jenis seperti TnT600, Tre1130K dan Benelli Century Racer 1130. Para peserta konvoi ini terdiri daripada ahli-ahli kelab F.R.U (Freedom Rider United), Selangor Benelli Club (SBC), Aroma Bikers dan dibantu oleh penunggang-penunggang dari BKM sendiri.

  • Pandu Uji

    Vespa Primavera Dulu, Kini & Selamanya

    Minat kita pada motosikal ternyata berbeza antara satu sama lain. Ini kerana kita mempunyai citarasa dan kehendak yang berbeza. Ada yang minat pada kelajuan, ada pula yang mementingkan keselesaan dan pastinya ada yang suka kerana ia cukup bergaya. Percaya atau tidak, jentera ini hampir disukai dan digemari oleh setiap pencinta motosikal tidak kira dulu, kini dan mungkin selamanya. Jentera yang dimaksudkan ialah Vespa, sebuah skuter lagenda yang telah berada di pasaran dunia sejak puluhan tahun yang lalu.

  • Warta Produk

    SAMURAI Tawarkan Hasil Berkualiti Tinggi

    Sebagai pelopor dalam dunia cat aerosol , cat Samurai tidak pernah mengecewakan para peminatnya. Hasil semburan cat aerosol Samurai ini sememangnya kemas, berkilat dan berkualiti tinggi. Kini, Samurai sekali lagi memperkenalkan produk terbarunya yang lebih inovatif.

  • Model Baru

    Benelli 2015 : Rekabentuk Lebih Segar & Moden

    Ketika mula-mula berada di pasaran motosikal, Benelli hanya mengeluarkan motosikal bersesaran kecil untuk dinikmati. Populariti jenama ini meningkat dengan jayanya disebabkan peminat mesin Benelli hadir daripada pelbagai latar belakang dan gaya hidup. Benelli terkenal sebagai pengeluar motosikal yang pantas, ringan, lincah dan ekonomi. Bertempat di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA November lalu, Benelli hadir untuk memperkenalkan beberapa siri terbarunya yang ternyata mengagumkan.

  • Pandu Uji

    YAMAHA MT-07 : Mesin Untuk Semua

    Selepas berpuas hati dengan MT-09, hari ini kita akan menikmati pula sebuah lagi model jalanan terbaru daripada Yamaha iaitu MT-07. Mesin ini adalah kesinambungan daripada MT-09 dengan isipadu enjin yang lebih kecil.

  • Warta Roda

    Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC) Untuk Kemudahan Pemilik Kawasaki