Isu
Selepas beberapa lama mengidamkan berada di depan mata, akhirnya tiga model terbaru Kawasaki iaitu H2R, H2 dan Vulcan S telah diperkenalkan di satu majlis yang gilang gemilang. Pelancaran ketiga-tiga model ini telah diadakan bersempena majlis ulang tahun ke-25 yang disempurnakan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil ditemani oleh Raja Dato' Hanipuddin Raja Dato' Nong Chik (Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB).
Pulau Langkawi adalah satu destinasi percutian domestik mahupun antarabangsa, tersohor dengan keindahan pulau dan kisah sejarahnya. Kesempatan ini diambil bagi penggemar motor kuasa tinggi untuk menjadikan Langkawi sebahagian daripada kalendar acara tahunan yang perlu dilawati. Hasil dari perancangan rapi dari segi penyertaan, perjalanan, penginapan dan aktiviti yang boleh dilakukan, terhasillah satu perjalanan yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta konvoi. Kelab motosikal kuasa besar Yamaha XJ6 Malaysia dengan kerjasama Langkawi Bikers Group telah bersama menjayakan konvoi jelajah ke pulau Langkawi tahun ini.
Benelli merupakan jenama Itali yang sudah tidak asing lagi bagi para penunggang motosikal khususnya di Eropah. Kolaborasi Benelli dan Qian Jiang Group pada tahun 2009 ternyata membukan lembaran baru buat kedua-dua syarikat untuk lebih memberi tumpuan terhadap pasaran Asia. Tahniah buat Benelli Keeway Sdn Bhd yang kini berjaya menjadi jenama pilihan para peminat motosikal di Malaysia. Kita boleh lihat jentera-jentera Benelli Keeway menyusuri dengan megah di jalanan seluruh negara.
Ini merupakan hari kedua di Kunming dan jadual kami ialah untuk berkunjung ke Pejabat Kedutaan Malaysia di sana sebagai kunjungan hormat. Kami disambut dengan cukup meriah dan turut diberikan sedikit taklimat mengenai selok belok undang-undang trafik. Apa yang paling penting ketika menunggang atau memandu di negara ini ialah tidak boleh campur tangan jika melihat kemalangan.
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah memperkenalkan model 850cc iaitu MT-09 yang dipasang sepenuhnya di kilang Yamaha yang terletak di Sungai Buloh, Selangor. Ini merupakan model berkuasa tinggi kedua dipasang sepenuhnya di kilang ini selepas siri XJ seperti XJ6, XJ6 Diversion dan XJ6 Diversion F.
Di penghujung bulan November lalu, kerajaan telah mengumumkan penamatan skim subsidi untuk minyak petrol dan diesel di negara kita, berkuatkuasa dari 1hb Disember 2014. Penamatan subsidi ini merupakan titik akhir dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan peruntukan dalam bajet tahunan yang digunakan untuk pembayaran subsidi minyak.