Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Februari 2017

Kandungan isu ini
  • Pandu Uji

    Benelli TnT135 Memberi Keseronokan!

    Ke mana sahaja ia dibawa... Di mana sahaja ia diletak... pasti ada mata yang menjelingnya. Itulah aura yang dimiliki oleh jentera kecil molek ataupun funbike keluaran Benelli, TnT135. Jujurnya.... jika dilihat dari jauh, rupabentuk Benelli ini mirip dengan jentera-jentera jalanan (streetbike) yang menawarkan rekabentuk luaran yang cukup memukau.

  • Kembara

    Mengembara Ke Pergunungan Rockies Dengan Pesara Tentera

    Kawasan pergunungan sentiasa memberikan pengalaman menunggang yang cukup hebat lebih-lebih lagi apabila memulas pendikit di jalan-jalan yang berliku. Sayang sekali tidak ada jalan menunggang ke gunung tertinggi di Malaysia sama ada di Gunung Kinabalu, Sabah yang setinggi 4,035 meter (13,435 kaki) atau pun ke Gunung Tahan yang berdiri gagah setinggi 2,187 meter di semenanjung Malaysia.

  • Pandu Uji

    Honda BeAT 110 Gaya Muda-Mudi Masa Kini!

    Kini jentera skuter sudah tidak asing lagi di negara kita. Ia popular bukan sahaja di kawasan bandar malah turut menjadi pilihan di kawasan kampung dan digilai dari semua peringkat umur.

  • Model Baru

    Yamaha Ego Solariz 125 Baru!

    Ego Solariz 125 merupakan skuter terbaru keluaran Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dan telah dilancarkan pada pertengahan Januari lalu.

  • Warta Roda

    Warna Baru Yamaha MT-07

    Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya memperkenalkan skima warna terbaru untuk model jalanan popular mereka, MT-07. Usaha gigih yang konsisten ini bertujuan untuk menonjolkan dan memperkemaskan lagi rupabentuk luaran model jalanan ini.

  • Warta Roda

    Pemenang Skuter SYM Attila Elizabeth PepsiMoji Diraikan

    Tahniah buat Sdr. Jafni Zainuddin dan Sdr. Azmi Abd Rahman yang telah memenangi peraduan 'The Perfect Deal' yang dianjurkan oleh Domino's Pizza dengan kerjasama daripada SYM Malaysia. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Domino's Pizza Seksyen 13, Shah Alam.

  • Warta Roda

    SYM Gempaq Penang 2.0 Bakal Menggegar!

    Mforce Bike Holdings Sdn Bhd (SYM Malaysia) bakal menjadi penaja utama program hebat, ' SYM Gempaq Penang 2.0' yang akan dianjurkan pada 1 April 2017. Majlis pelancaran program ini telah diadakan pada 7 Januari lalu yang disempurnakan oleh Datuk Mohd Zaini bin Mohd Said, Penaung Komuniti Sehati Sejiwa dan Pengurus Perhubungan Kerajaan SYM Malaysia, En. Mohamad Fauzie.

  • Warta Roda

    Ducati Red Weekend Menghargai Para Pelanggan

    Demi menghargai pelanggan dan peminat setia jenama motosikal yang sinonim dengan warna merah ini, Ducati Malaysia telah menyambut perayaan Red Weekend pada Januari lalu bertempat di Naza Automall Petaling Jaya.