Isu
Jentera easyrider, cruiser, chopper atau bobber adalah pilihan para pencinta motosikal yang mementingkan gaya, tunggangan santai dan relaks. Mari kita berkenalan dengan Momos Bobber Regal Raptor yang telah diperkenalkan pada Oktober lalu di Litar Antarabangsa Sepang dan sememangnya model ini berjaya menarik minat ramai pencinta motosikal. Bentuknya yang kemas dan anggun adalah faktor utama mengapa begitu cepat kita akan jatuh cinta padanya.
Boon Siew Honda Sdn Bhd ternyata telah melangkah ke tahun baru dengan bergaya sekali apabila memperkenalkan model terbaru PCX yang menawarkan teknologi baru, keselesaan tinggi dan rekabentuk yang ranggi. Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, PCX telah menambat hati ribuan para peminat motosikal kerana berjaya memenuhi kehendak para penunggang yang mahukan sebuah mesin yang praktikal, sporty dan jimat petrol.
Kali terakhir Ducati Scrambler berkuasa 250/350/450cc berwarna kuning meninggalkan kilangnya di Bologna, Itali ialah pada tahun 1975 selepas kejayaan menjual sebanyak 40,000 unit. Setelah berfikir lama, Ducati akhirnya memperkenalkan kembali model Scrambler ini di Pameran Motosikal Antarabangsa Intermot pada bulan Oktober lalu manakala proses penghantaran model ini ke seluruh dunia bermula Februari ini.
Honda terus mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran dengan perancangan strategi yang cukup hebat dan efektif. Mereka merekrut para pekerja baru untuk menghasilkan model-model terkini yang tidak lagi berada di landasan yang sama dengan jentera-jentera sebelum ini. Apa yang amat penting buat Honda ialah mencampurkan teknologi baru pada setiap model agar menerima penghargaan daripada para pencinta motosikal di seluruh dunia.
Koh Samui menjadi destinasi jelajah kelab pegawai dan staf Kolej Vokasional Nibong Tebal baru-baru ini. Ianya merupakan destinasi yang tidak asing kepada ramai bikers dari Malaysia. Selain daripada aktiviti tahunan kelab, ianya juga bertujuan mempromosikan Kolej Vokasional Nibong Tebal. Kali pertama saya ke sana ialah pada tahun 1998, kali kedua dan ketiga pula saya menunggang motosikal berkuasa tinggi. Kali ini saya menunggang Suzuki Shogun 125 bersama lapan lagi rakan setugas yang mempunyai minat yang sama.
Tahun 2014 di Malaysia diakhiri dengan bencana banjir yang merupakan antara yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah negara. Antara negeri yang terjejas akibat bah yang cukup dahsyat ini ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak dengan jumlah mangsa mencecah ratusan ribu orang. Semestinya bencana ini ditangisi bukan sahaja individu atau keluarga yang terlibat tetapi juga oleh setiap rakyat Malaysia. Bermula pada 16 Disember lalu, negeri Kelantan terlebih dahulu ditenggelami air dan yang paling kritikal berbanding negeri lain.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Rusli Osman dan Yongsuzi Ramli yang berjaya melakukan pengembaraan sejauh 4,192km dalam lapan hari dari Batu Gajah, Perak ke Petchaburi, Thailand dengan menunggang jentera SYM Bonus SR110. Untuk memberikan penghargaan dan sokongan kepada Rusli dan Yongsuzi, pihak Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan sidang media khas pada akhir Disember 2014 lalu untuk meraikan pencapaian mereka berdua.
MODENAS Dinamik 120 kini semakin mendapat perhatian anak-anak muda dengan peningkatan jumlahnya di jalan raya kini. Atas inisiatif para pemiliknya pada Januari lalu, telah menghasilkan satu perjumpaan buat pertama kali di pantai Morib, daerah Banting, Selangor. Lebih daripada 250 buah motosikal ini berjaya dikumpul dari utara hingga selatan semenanjung tanahair.