Isu Terkini

Julai 2024

Isu

Disember 2016

Kandungan isu ini
  • Warta Produk

    Enam Peminat Motor Dapat Layanan VIP Michelin!

    Bagi penggemar tegar persaingan motosikal sedunia khususnya MotoGP, peluang hadir ke acara perlumbaan ini adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Itulah yang dialami dan dinikmati oleh enam orang pemenang bertuah MotoGP Digital Campaign yang dianjurkan bersama oleh Michelin di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Melalui peraduan ini, para peserta diminta menghantarkan gambar mereka bersama motosikal masing-masing dengan gaya paling kreatif.

  • Warta Roda

    Tunggang Lebih Yakin Dengan Michelin

    Michelin sentiasa menawarkan tayar-tayar yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan para penunggang motosikal sejak dari dahulu lagi. Produk yang dilahirkan di Clermont-Ferrand, Perancis ini terbukti memberikan kepuasan dan menjamin keselamatan penunggang tidak kira ke mana sahaja ia dibawa dan di dalam apa jua situasi sekali pun.

  • Model Baru

    YAMAHA NVX 155 Sungguh Menggoda

    Ia pastinya dinanti-nantikan! Skuter terbaru dari Yamaha, NVX 155 yang bakal berada di pasaran negara pada tahun hadapan. Model ini telah diperkenalkan oleh Yamaha Motor Corporation bersempena dengan perlumbaan MotoGP yang diadakan di Malaysia pada bulan Oktober lalu.

  • Warta Roda

    Konvoi Tahunan GIVI Ke MotoGP!

    Perlumbaan MotoGP Malaysia di Sepang setiap tahun memang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat. GIVI Asia Sdn. Bhd. sekali lagi turut sama memeriahkannya dengan menganjurkan konvoi motosikal ke Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu.

  • Dari Litar

    WSBK 2016 : Pusingan ke 14, Losail, Qatar : Jonathan Rea Juara WSBK 2016

    Tahniah buat pelumba pasukan Kawasaki, Jonathan Rea selepas menamatkan musim ini dengan penuh cemerlang apabila memungut sebanyak 498 mata untuk mengulangi kejayaan tahun lepas sebagai juara keseluruhan WSBK 2016. Kenangan manis ini diperolehi pada persaingan pusingan akhir yang berlangsung di Litar Losail, Qatar pada 30 Oktober lalu.

  • Warta Roda

    Kebangkitan HONDA RACING Di Asia

    Tahun 2016 jelas menunjukkan prestasi jentera dan pelumba Honda yang semakin meningkat. Ini dibuktikan dengan keupayaan para pelumba Honda Asia yang bersaing dalam kelas Moto2 dan Moto3. Nama Honda Asia telah diharumkan beberapa kali pada musim ini dengan kejayaan yang telah disumbangkan oleh para pelumba mereka seperti Takaaki Nakagami (Moto2), Ratthapark Wilairot (Moto2), Khairul Idham Pawi (Moto3) dan Hiroki Ono (Moto3).

  • Warta Roda

    Menunggang Bergilir-gilir Dengan Benelli TNT600S

    Tahniah diucapkan buat En. Shaiful Azlan Ibrahim dan En. Muhammad Napi Mat Nawi di atas kejayaan menempa nama dalam The Malaysia Book of Records selepas menamatkan satu perjalanan bermotosikal sejauh 5,852 kilometer tanpa henti di Semenanjung Malaysia dalam empat hari

  • Warta Roda

    Jentera Custom Malaysia Pertama Bersaing Di Jepun!

    Beautiful Machines Sdn Bhd selaku syarikat pencipta jentera custom di Malaysia telah memulakan langkah pertama dengan menyertai pertandingan pengubahsuaian motosikal di 25th Annual Yokohama Hot Rod Custom Show 2016 pada 4hb Disember ini.