Demi memberikan perkhidmatan yang terus cemerlang untuk para pemilik Kawasaki khususnya, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) telah merasmikan Kawasaki Ninja Shop dan Kawasaki Exclusive Service Center (KESC) yang diadakan di pusat pameran Serdang Motorcycle Sdn Bhd pada April lalu.
Model terulung, Kawasaki Ninja H2 dan H2R merupakan jentera idaman hampir setiap pencinta motosikal di seluruh dunia. Model-model ini menawarkan sistem enjin serba baru, kuasa hantaran amat menakjubkan serta rekabentuk yang mantap. Tanggal 30 April lalu pastinya menjadi sejarah buat sembilan orang penunggang motosikal yang merupakan penerima pertama jentera-jentera ini di Malaysia.
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-Hicom Bhd telah mengumumkan peningkatan pasaran motosikal dalam negara dari 7% kepada 9%. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, En. Amirudin Abd Kadir, pencapaian itu diraih selepas Modenas berjaya menjual hampir 46,000 buah motosikal sepanjang tahun lalu.
Untuk menghargai sokongan yang diberikan selama ini, KTM Malaysia CKD telah menganjurkan ekspedisi ke Songkhla, Thailand pada akhir bulan Januari lalu. Program menarik ini telah berjaya mengumpulkan hampir 200 orang peserta terdiri daripada pemilik 200 Duke, 390 Duke dan 690 Duke yang hadir dari seluruh negara.
Atas inisiatif para pemilik MODENAS Dinamik 120 yang bersemangat pada bulan Mac lalu, mereka telah berjaya mengadakan perjumpaan buat kali kedua di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah. Lebih daripada 350 buah motosikal ini berjaya dikumpul dari utara hingga selatan semenanjung tanahair. Tujuan mengadakan perjumpaan kali kedua ini adalah untuk mengumpulkan para pemilik Dinamik 120 yang berada di negeri utara semenanjung seperti negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang supaya dapat berkenalan dan bertukar pendapat antara satu sama lain.
Sudah menjadi tradisi Royal Enfield (R.E) di seluruh dunia untuk menganjurkan konvoi atau ride di penghujung minggu pertama bulan April bertujuan untuk meraikan semangat menunggang dan setia kawan sesama pemilik Royal Enfield. Tahun ini, Royal Enfield Malaysia telah memilih untuk bermotor dari ibu pejabatnya di Puchong ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Zulfahmi Khairuddin telah diberikan peluang untuk membuktikan kemampuannya di bawah payung DRIVE M7 SIC RACING TEAM untuk bersaing dalam perlumbaan Moto3 bagi tahun 2015. Kali ini dia digandingkan bersama Jakub Kornfeil dari Republik Czech dan mereka akan menggunakan jentera perlumbaan KTM RC250R yang terbaru.
Kategori Moto2 di dalam perlumbaan MotoGP adalah perlumbaan yang sengit dengan ramai pelumba yang berpotensi untuk menjejak podium setiap kali perlumbaan diadakan. Dengan menggunakan enjin satu pengeluar sahaja iaitu Honda 600cc, empat lejang, ianya pasti memberikan persembahan yang hebat dengan rekaan casis yang tersendiri dari setiap pasukan yang bertanding.
Perlumbaan Shell Advance Asia Talent Cup (SAATC) telah membuka tirainya pada 22 Mac lalu di Thailand dan Malaysia sekali lagi mempertaruhkan lima pelumba berbakat bagi merebut gelaran juara untuk musim 2015. Empat daripada lima pelumba negara itu ialah Shafiq Rasol, Adam Norrodin, Fakhrusy Syakirin Rostam dan Helmi Azman merupakan pelumba yang telah bersaing pada musim lepas manakala seorang lagi, Azroy Anuar adalah pelumba terbaru dalam pasukan negara.
Demi memberikan perkhidmatan yang terus unggul dari masa ke semasa, JR Apparel Sdb Bhd selaku pengedar rasmi Dainese di Malaysia telah merasmikan pusat pameran terbaru mereka yang terletak di No:23 Jalan Penguasa A U1/53A, Temasya Square, Glenmarie. Majlis yang disempurnakan oleh En. Robert Tan (Pengarah JR Apparels Sdn Bhd), En. Eugene Lim (CEO), En.Tomasso Bruzzese (Pengurus Bahagian Asia Dainese) yang lebih meriah dengan kehadiran para penunggang motosikal dari pelbagai lokasi.