Demi memberi kesedaran betapa pentingnya memandu secara berhemah dan langkah terbaik sebelum meninggalkan rumah masing-masing, Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Selangor telah menganjurkan Op Selamat bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2016 pada 1 Februari lalu dengan slogan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi'.
Chear Global Sdn Bhd telah menganjurkan konvoi amal pada 6 Disember lalu yang terdiri daripada 11 orang pemilik jentera retro CMC XY400 dan aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini turut disertai Presiden Chear Global Sdn Bhd, Dato' Chear Kin Keong, Ketua Pegawai Operasi Chear Global, En. Leong King Choon dan selebriti terkenal negara, Fauziah Latiff.
Baru-baru ini, KTM Malaysia telah menganjurkan KTM Trackday bertempat di litar Speedway Elit Plus, Subang Jaya. Ianya berjaya menarik seramai 300 orang pengunjung. Program ini terbuka kepada semua pemilik KTM yang ingin berlumba dengan cara yang lebih selamat. Acara tahunan ini adalah kali yang ketiga diadakan selepas negeri Perlis dan Melaka.
Ini berita hebat buat para penunggang motosikal!! Chear Motor sedang mengadakan promosi hebat akhir tahun untuk beberapa produk kelengkapan menunggang jenama terkenal dari Itali iaitu SIDI dan SPIDI serta aksesori motosikal seperti Rizoma, Puig, Hyperpro dan sistem ekzos Yoshimura.
Tujuan utama penganjuran track day ini ialah untuk memberi peluang kepada para pelanggan Chear Motor khususnya untuk merasai pengalaman menunggang jentera MV Agusta. Disamping itu, ia juga masanya untuk beriadah bersama rakan-rakan motosikal,” kata Dato’ Chear Kin Keong, Pengarah Urusan Chear Motor Sdn Bhd di Litar Melaka International Motorsport Circuit (MIMC), Melaka pada bulan Disember lalu.
Bagi pengguna motosikal di Malaysia khususnya yang berkuasa tinggi, tayar berjenama Continental mungkin tidak begitu popular seperti jenama lain yang lazim kelihatan di pasaran. Hakikatnya, Continental Tyre Malaysia Sdn Bhd yang beroperasi di Alor Setar, Kedah turut mengeluarkan tayar-tayar yang cukup berkualiti tinggi jenis radial seperti Conti Sport Attack dan Conti Motion.