Model sport berkuasa sederhana Yamaha, R25 merupakan antara model paling popular di Malaysia sejak ia diperkenalkan pada tahun 2015 lalu. Untuk terus mendominasi pasaran, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah memperkenalkan skima warna terbaru yang pastinya menambat hati para pencinta motosikal di seluruh negara.
Model konsep terbaru Yamaha, 04GEN telah dipertontonkan di Pameran Motosikal Vietnam pada awal April lalu. Menurut Yamaha Motor Co., Ltd, jentera istimewa ini direka berkonsep RUN-WAY yang berinspirasikan kelembutan dan keanggunan seorang wanita. Model unik ini ternyata mempamerkan kehebatan kejuruteraan Yamaha dalam pembikinan sebuah mesin dua roda yang menawarkan rekabentuk luaran dan dalaman yang unggul.
Berita gembira buat pengguna produk Shell. Dengan pembelian satu pek liter mana-mana minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Ultra iaitu Shell Advance VSX, AX5, AX5 Scooter atau AX7 bermula pada 1 April hingga 30 Jun nanti, anda mungkin berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat dan lumayan daripada Shell dan GIVI.
Awal tahun ini, bertempat di hadapan Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, satu pelancaran Program Community Policing Konvoi Bermotosikal Jelajah Johor 2016 telah dianjurkan. Tepat jam 8.00 pagi pelepasan konvoi berjaya disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Muar, Assistant Commissioner Azman Ayob.
Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya pada 28 Januari lalu dengan tujuan untuk memberikan pendedahan khususnya kepada pengguna motosikal betapa pentingnya tunggangan yang berhemah sewaktu berada di jalan raya.
Baru-baru ini para pemilik Honda CBR menganjurkan perjumpaan CBR-RR Malaysia buat kali ketiga sejak ianya mula diadakan pada tahun 2013. Tujuan mengadakan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli lama dan baru yang sebelum ini hanya dikenali dalam alam maya.