Jakarta, Indonesia: PT Astra Honda Motor, syarikat usahasama Honda di Indonesia telah melancarkan model terbaru CBR250RR pada 25 Julai lalu. Model sports ini dibuat sepenuhnya di negara ini dan merupakan jentera Honda berkapasiti paling besar yang dihasilkan di Indonesia. Honda merancang untuk mula memasarkan model serba baru ini di penghujung 2016.
Sempena kejayaan 125 tahun berada di negara ini, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan sambutan ulang tahun ini dengan memperkenalkan mural yang telah dihasilkan oleh para pelukis terkenal tanahair seperti Datuk Lat, Cheeming Boey, Sabek, Yap Hanzhen, Amey Sheikh Ali, Caryn Koh, Thomas Powell dan Dmojo.
Satu konvoi amal telah dianjurkan oleh Kelab Lindungan Motor terdiri daripada 40 buah motosikal pelbagai jenis serta 20 buah kereta. Konvoi yang berlangsung pada 7 & 8 Mei lalu ke Tanjung Bidara Beach Resort bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelanggan Lindungan Motor dan pada waktu yang sama mengumpul dana untuk disampaikan kepada anak-anak yatim.
Ia merupakan pameran awam terbesar koleksi motosikal Honda di dunia selain ruang pameran milik syarikat Honda sendiri yang berada di Litar Twin Ring, Motegi di Jepun. Pameran yang dibuka untuk tatapan orang awam ini telah pun dibuka dengan rasminya. Ia terletak kira-kira 160 kilometer arah Tenggara London iaitu di Leiston, Suffolk.
Sempena sambutan ulang tahun ke-2, Kelab Motosikal Radio Televisyen Malaysia (RTMBC) telah menganjurkan konvoi yang disertai seramai 26 orang ahli kelab dengan menunggang sebanyak 20 buah motosikal berkuasa tinggi dari Angkasapuri ke Restoran Windmill yang terletak di Bandar Baru Klang. Walaupun terpaksa menempuhi kesesakan dengan jalan yang basah, kesemuanya berjaya sampai ke destinasi dengan selamatnya.
Fokus Di Jalan, Bukan Di Tangan” adalah tema buat pelancaran Kempen Keselamatan Balik Kampung Yamaha ke-18 yang telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Sri Liow Tiong Lai ditemani oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor di Bentong, Pahang bulan lalu.
Hyperpro bukanlah satu jenama baru yang berada dalam industri permotoran dunia. Jenama yang berasal dari negara Belanda ini diasaskan oleh Hans Rinner pada tahun 1992 bertujuan untuk mempertingkatkan sistem saspensi motosikal ke tahap yang lebih hebat. Hyperpro terkenal sebagai pembekal solusi saspensi progresif yang telah mendapat kepercayaan dan pujian daripada pengguna motosikal di seluruh dunia
Pembuat motosikal custom terkemuka Denmark Wrenchmonkees sudah tidak asing lagi dalam dunia pengubahsuaian motosikal. Kepakaran mereka ini juga telah mendapat pengiktirafan Yamaha dalam kerjasama menghasilkan projek hebat Yard Built seperti yang pernah dilakukan pada model XSR400 dan XJR1300.
Tahniah diucapkan buat pelumba muda dari Johor Bharu, Kasma Daniel b Kasmayudin yang telah terpilih untuk menjalani latihan bersama pelumba motosikal lagenda, Valentino Rossi. Program yang diberi nama 'The Master Champ' ini dijalankan oleh VR46 Riders Academy berlangsung pada 1 hingga 10 Julai lalu diadakan di VR46 Ranch dan di Litar Antarabangsa Misano.