Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda

Terkini
  • Warta Roda

    Benelli Best-Shop Pertama Di Malaysia

    Pembuat dan pengeluar motosikal Itali, Benelli telah melancarkan bilik pameran eksklusif iaitu Benelli Best-Shop yang pertama di Malaysia menerusi pengedarnya iaitu Bravo Bike Sdn Bhd yang beroperasi di Persiaran Damai, Damai Court, Temerloh. Bilik pameran ini beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan dengan keluasannya sebanyak 4,500 kaki persegi, ia berkemampuan untuk menempatkan kesemua model Benelli, pusat servis, aksesori dan alat ganti tulen.

  • Warta Roda

    Menangi Triumph Bonneville 1200!

    Hard Rock Hotel Penang telah melancarkan peraduan 'Rock 'N Ride' khusus buat para pencinta motosikal yang berpeluang memenangi sebuah jentera Triumph Bonneville Bobber Motorcycle 1200 yang berharga RM74,990. Para pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM250 di Hard Rock Cafe Penang akan layak untuk menyertai peraduan ini yang bermula pada bulan September lalu hingga 14 Disember 2017.

  • Warta Roda

    Malaysia Bakal Jadi Hab Serantau Untuk Bajaj

    Pengeluar motosikal global, Bajaj Auto Limited (BAL) yang berpengkalan di India terus positif menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pengeluaran produk-produk syarikat ini bagi pasaran di ASEAN. Bajaj merupakan syarikat pengeluar jentera tiga dan dua roda ketiga terbesar di dunia dengan pengeluaran kira-kira lima juta jentera setiap tahun manakala 45% daripada jumlah pengeluaran tersebut adalah untuk tujuan eksport.

  • Warta Roda

    Yamaha Perkenal Y15ZR SE Edisi GP

    Y15ZR SE adalah sebuah jentera yang seiring dengan kehebatan jentera lumba kerana model ini juga menawarkan prestasi enjin yang mantap dan gaya yang menawan. Tidak hairanlah ia juga digelar King Of The Streets.

  • Warta Roda

    Usahasama Kawasaki & GIATMARA Terjalin

    Demi meningkatkan kemahiran dalam industri motosikal berkuasa tinggi di Malaysia, satu usahama telah dijalinkan di antara Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) dan GIATMARA Sdn Bhd.

  • Warta Roda

    Yamaha Star Centre Pertama Dilancarkan

    Untuk terus berdaya saing dan memberikan perkhidmatan terbaik buat para pengguna motosikal, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah mengubah sebuah Yamaha Star Shop yang terletak di Taman Sri Muda, Shah Alam kepada Yamaha Star Centre pertama dengan kerjasama GT-Max Motors (M) Sdn Bhd.

  • Warta Roda

    Sesi Interaksi Modenas Bersama Pelanggan

    Sejak pelancaran tiga model terbaru iaitu Pulsar NS200, Pulsar RS200 dan V15, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) yang bekerjasama dengan Bajaj Auto India Ltd telah menerima maklum balas yang cukup positif di kalangan para pengguna motosikal di seluruh negara. Dengan kejayaan tersebut, MODENAS telah meningkatkan kadar pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang kini telah melebihi tahap pengeluaran.

  • Warta Roda

    Promosi hebat di Chear Motor!

    Demi kepuasan para pelanggan, Chear Motor Sdn Bhd menawarkan pelbagai promosi sangat menarik untuk jentera MV Agusta, pakaian menunggang dan aksesori motosikal yang hanya boleh didapati jika anda berkunjung ke ibu pejabat mereka di Klang atau di Chear Motor cawangan Shah Alam.

  • Warta Roda

    Moto Guzzi Flagship Centre Kini Dibuka

    Moto Guzzi Malaysia akhirnya telah melancarkan kedai konsep mereka atau Moto Guzzi Flagship Centre pada pertengahan Ogos lalu dengan perlantikan Stronghold Cycles dan Goh Brothers Motorcycle untuk menguruskan bilik pameran dan servis lepas jualan.

  • Warta Roda

    Honda RS150R : Tampil Dengan Warna Baru

    Untuk terus berdaya saing, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan model RS150R 2017 dengan warna dan rekacorak serba baru. Sejak diperkenalkan pada Jun tahun lalu, RS150R telah menerima sambutan yang cukup hangat oleh para pencinta motosikal khususnya mereka yang inginkan sebuah moped yang berprestasi tinggi, tahan lasak dan sporty. Secara purata, lebih 2,000 unit RS150R dijual setiap bulan dan untuk menampung permintaan yang tinggi ini, pihak BSH telah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memastikan model ini dapat dimiliki dengan secepat mungkin.

  • Warta Roda

    Art Of Speed Malaysia 2017 Lebih Meriah

  • Warta Roda

    Honda CBR650F & CB650F 2017 : Lebih Berkuasa

    Boon Siew Honda dengan bangganya memperkenalkan model CBR650F dan CB650F yang telah berada di Kedai Impian Honda bermula 1 Ogos 2017. Model popular dan cukup menarik ini telah menerima sentuhan baru yang pastinya memenuhi kehendak para pencinta motosikal di seluruh negara. Kuasa maksimum Honda CBR650F dan CB650F 2017 baru telah dipertingkatkan kepada 67kW pada 11,000rpm dan tork 64Nm pada 8,000rpm yang diperolehi menerusi sistem aliran kemasukan dan sistem pengurusan ekzos yang baru.