South East Asia Auto Parts Sdn Bhd telah menganjurkan satu seminar tayar yang memberi peluang kepada para pengguna motosikal untuk mempelajari berkenaan tayar. Seminar tersebut telah diadakan di Passion Shop Malaysia, Jalan Ipoh Kuala Lumpur pada Oktober lalu. Seramai 15 orang telah menghadiri program ini.
Pameran motosikal merupakan platform paling penting buat para pengeluar motosikal dan aksesori motosikal untuk memperkenalkan produk masing-masing ke pasaran dunia. Bagi pencinta motosikal pula, 'temu janji' dengan pameran sebegini tidak boleh dilepaskan kerana di sinilah kita dapat melihat sesebuah motosikal buat pertama kalinya dan pada masa yang sama, mendapat segala informasi yang tepat dengan lebih awal.
Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) dengan bermurah hati menawarkan bantuan kepada semua pemilik motosikal BSH yang terjejas akibat banjir yang melanda Pulau Pinang awal November lalu dengan melalui Program Bantuan Banjir. BSH menawarkan potongan harga sehingga 40% untuk alat ganti tulen dan kos buruh percuma di beberapa buah pengedar yang dipilih.
Kumpulan Honda dari negara-negara ASEAN telah berjaya merentasi perjalanan sejauh 570 kilometer di semenanjung negara bermula pada 26 Oktober dan berakhir di Malaysian Motorcycle Grand Prix (MotoGP) Sepang pada 29 Oktober 2017. Ini adalah tahun kedua konvoi diadakan dan kali ini disertai seramai 50 orang wartawan, pemilik dan pengedar motosikal Honda yang terpilih dari lima buah negara iaitu Indonesia, Vietnam, Filipina, India dan Malaysia.
Distinguished Gentleman’s Ride atau lebih dikenali sebagai DGR merupakan satu acara amal bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser prostat dan kesihatan mental lelaki. Program bertaraf antarabangsa ini bermula pada tahun 2012 di Australia diikuti 64 bandar di seluruh dunia dan kemudian mula berkembang di beberapa negeri di Malaysia seperti di Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Benelli Malaysia telah mengadakan Benelli Stunt Show Tour dengan menggunakan model Benelli TNT135 yang ditunggang oleh dua penunggang aksi motosikal profesional dari Brazil iaitu Daniel Ferreira dan Ligia Martin. Benelli Stunt Show Tour ini telah dijalankan di beberapa kawasan serata negeri seperti di Butterworth, Sungai Petani, Ipoh, Kuala Terengganu, Temerloh, Kuala Lumpur, Shah Alam, Kluang yang bermula dari 21 September hingga 1 Oktober lalu.