Untuk mengumpul koleksi motosikal dan kereta yang bertaraf dunia adalah satu kejayaan yang cukup luar biasa. Untuk mempamerkan kesemuanya di sebuah rumah besar di salah satu bandaraya terkemuka di Eropah pula sesuatu yang lebih mengagumkan.
Para penonton yang hadir ke perlumbaan pusingan pertama WSBK di litar ikonik Phillip Island, Australia pastinya telah berkesempatan mengunjungi satu tempat yang cukup istimewa iaitu Muzium Sejarah Motorsport atau lebih tepat, History Motorsport Museum yang terletak di Pusat Pengujung litar tersebut.