Pada era 1980an dan 1990an dulu, kita telah diperkenalkan banyak model-model mantap yang diminati dan mendapat permintaan hingga ke hari ini. Okay...RR nak kenang kembaliĀ beberapa model Honda yang dirasakan cukup unik, menarik dan masih relevan jika digunapakai oleh peminat motosikal di Malaysia.
MV Agusta kini sedang membuat persediaan rapi untuk melakukan percubaan merentas negara-negara Eropah sebanyak mungkin dalam masa 24 jam. Perjalanan yang akan dilakukan oleh seorang wartawan Itali, Valerio Boni ini akan bermula di Malmo, Sweden dan akan tamat di ibu pejabat MV Agusta, Schiranna, Itali.
Tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) yang telah menganjurkan Track Day khusus untuk para pemilik motosikal berkuasa tinggi Yamaha seperti XJ6 Diversion, XJ6 Naked, MT-07 dan MT-09. Program yang diadakan di litar go-kart SIC itu berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 orang peserta yang hadir dari seluruh negara, utara, selatan, timur dan barat.
Honda telah menjalankan program 'RC30 Forever' selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli kelab pemilik jentera VFR750R atau RC30 di Eropah dan Jepun beberapa tahun lalu. Dalam pertemuan ini, para pemilik RC30 telah menyuarakan hasrat untuk menyimpan dan menunggang jentera ini dalam kondisi yang baik.