Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 4 September 2020

Boon Siew Honda 250cc Racing Support Programme 2021

Bersempena dengan Kejuaraan Malaysia Superbikes (MSBK) 2021, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan program baru iaitu Boon Siew Honda 250cc Racing Support Programme yang disasarkan untuk mencari bakat-bakat muda serta memartabatkan sukan permotoran tanahair. Menerusi program ini, pasukan dan para pelumba baru mempunyai peluang untuk bersaing dalam kelas MSBK250.

Pengarah Urusan & CEO BSH, En. Yoshitaka Nakamura (atas motosikal) bersama para pelumba pasukan Honda.

Buat masa ini, sebanyak 10 buah CBR250RR (model perlumbaan) telah bersiap sedia dengan harga pakej istimewa sekitar RM30,000 - termasuk diskaun dan subsidi dari pihak BSH. Perlumbaan ini dijadualkan bermula pada April 2021 manakala setiap pasukan akan menerima jentera masing-masing sekitar hujung tahun ini. Inisiatif ini juga adalah kesinambungan program-program pencarian-bakat sedia ada BSH seperti Cabaran Honda Dash 125 dan pasukan Honda sendiri dalam Kejuaraan Asia Road Racing.

Di majlis yang sama, RR turut dimaklumkan dengan kehadiran model CBR250RR versi 2021 yang akan diperkenalkan ke pasaran negara pada penghujung tahun ini. Model sportbike ini memiliki enjin 249cc yang cukup mantap berkuasa 40bhp pada 13,000rpm dan tork 25Nm pada 11,000rpm. Antara ciri-ciri menarik yang disempurnakan pada model ini ialah Slip & Assist Clutch, sistem Quickshifter, tiga mod tunggangan dan banyak lagi. Yang ditunggu telah tiba! RR

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.