Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Mei 2016

YAMAHA 04GEN : Inspirasi Dari Wanita

Model konsep terbaru Yamaha, 04GEN telah dipertontonkan di Pameran Motosikal Vietnam pada awal April lalu. Menurut Yamaha Motor Co., Ltd, jentera istimewa ini direka berkonsep RUN-WAY yang berinspirasikan kelembutan dan keanggunan seorang wanita. Model unik ini ternyata mempamerkan kehebatan kejuruteraan Yamaha dalam pembikinan sebuah mesin dua roda yang menawarkan rekabentuk luaran dan dalaman yang unggul.


Keanggunan mesin ini dapat dilihat dengan jelas dari setiap sudut terutamanya bahagian casis yang kini merupakan sebahagian daripada rekabentuk 04GEN. Lampu hadapan dan belakang jenis LED dengan stail terkini manakala paparan panel meter LCD adalah sentuhan yang sangat bijak dan canggih. Penunjuk tahap bahan api yang diletakkan di atas penutup minyak cukup menarik dan boleh dikatakan ia adalah rekaan pertama seumpama ini.


Fairing sisinya boleh dibuka seperti seekor angsa yang mengembangkan sayapnya memang cantik sekali manakala sistem ekzos ala jentera futuristik turut menjadikan bahagian sisi 04GEN begitu kemas dan menawan. 04GEN dilengkapi dengan sistem brek jenis cakera yang 'tersorok' di dalam rekaan rim hadapan. Pelana yang dibalut dengan kulit dua tona warna menyerlahkan lagi 04GEN ini. Sehingga kini, Yamaha telah memperkenalkan tiga model konsep iaitu 01GEN (2014), 02GEN (2014) dan 03GEN pada tahun lepas. RR

Isu Pada

Mei 2016

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.