Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Disember 2017

Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA Memperkenalkan Model-Model 2018

Pameran motosikal merupakan platform paling penting buat para pengeluar motosikal dan aksesori motosikal untuk memperkenalkan produk masing-masing ke pasaran dunia. Bagi pencinta motosikal pula, 'temu janji' dengan pameran sebegini tidak boleh dilepaskan kerana di sinilah kita dapat melihat sesebuah motosikal buat pertama kalinya dan pada masa yang sama, mendapat segala informasi yang tepat dengan lebih awal.

Topi keledar tercanggih dari LS2.
Topi keledar tercanggih dari LS2.
Ramai orang berkerumun ke pameran GIVI untuk melihat produk-produk terbaru.
Ramai orang berkerumun ke pameran GIVI untuk melihat produk-produk terbaru.


Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA di Milan, Itali yang berlangsung pada 6 hingga 12 November lalu juga tidak terkecuali. Ia adalah tempat terbaik untuk para pengeluar motosikal memperkenalkan dan mempamerkan hasil kerja mereka kerana EICMA sentiasa menjadi tumpuan dunia. Menerusi maklumat dari EICMA, jumlah pengunjung pada tahun ini berbanding dua tahun lalu (2015) telah meningkat sebanyak 24%.

SOCO X-Ray flying pod (concept).Turut menunjukkan peningkatan pada penganjuran kali ini ialah para peserta pameran yang berjumlah sekitar 1,713 peserta dari 42 buah negara dengan nilai lebih 20% berbanding 2015.

YAMAHA hadir ke EICMA dengan beberapa model terbaru seperti Niken, MT-07, MT-09 SP, Tracer 900, Tracer 900GT serta model-model yang dikemas kini seperti YZF-R1M, YZF-R1 dan skuter-skuter sport.

Yamaha MT-09 SP
Yamaha MT-09 SP


Niken merupakan sebuah jentera revolusi baru yang beroda tiga (sila rujuk ruangan Model Baru). Model jalanan MT-09 dan MT-07 merupakan antara model yang paling diminati dengan nilai jualan yang cukup mengagumkan. Model baru MT-09 dan MT-09 SP dilengkapi dengan fork hadapan jenis Kayaba boleh laras serba baru.

MT-07 2018 pula diberi sentuhan baru dengan menggabung rekacipta berinspirasi model MT-09 agar kelihatan lebih garang dan mantap. Pelana model ini baru yang bukan sahaja cantik tetapi juga menjadikan posisi menunggangnya lebih mudah untuk semua jenis penunggang.

Niken
Niken


Kehadiran model Tracer 900 dan Tracer 900GT pula pastinya memberi senyuman buat para pencipta jentera touring di seluruh dunia. Model terbaru ini dilengkapi dengan cermin hadapan lebih besar (boleh laras) untuk memberi lebih perlindungan dan gaya menunggang lebih selesa untuk perjalanan jauh. Model GT pula memiliki beberapa perbezaan seperti panel meter TFT, pakej saspensi premium, sistem Quick Shift (QSS), cruise control traction control dan pemanas grip.

Kawasaki Ninja 400
Kawasaki Ninja 400


KAWASAKI turut menawarkan beberapa model baru yang serba menawan. Kita mulakan dengan model Ninja 400 yang merupakan sebuah jentera sport yang cukup mantap dan garang sekali. Ia disempurnakan dengan enjin 399cc dengan kuasa maksimum 33.4kW pada 10,000rpm dan tork 38Nm pada 8,000rpm berinspirasikan model juara Ninja ZX-10R serta Ninja H2 yang juga dapat dilihat menerusi rekabentuk luarannya.

Kawasaki H2 SX
Kawasaki H2 SX


Selain Ninja 400, model terpantas, H2 kini diperkenalkan dalam model touring iaitu SX manakala model jalanan Z900 telah didatangkan dengan gaya klasik iaitu Z900RS diasaskan daripada model Z1 Super Four yang diperkenalkan pada tahun 1972.

Mick Doohan (kiri) juara sedunia 500cc World Grand Prix (5 kali) dalam tahun 90an melancarkan Honda CB1000R.
CB1000R dan Africa Twin pula mengetuai barisan model-model baru yang dilancarkan oleh HONDA. Jentera jalanan CB1000R ini memiliki rekabentuk dan spesifikasi yang lebih cemerlang berbanding model sebelum ini. Model Africa Twin menyambut ulang tahunnya yang ke-30 dan kini menawarkan pelbagai pembaharuan seperti tangki lebih besar, fairing lebih panjang, pemanas grip, kelegaan bumi lebih tinggi termasuk ride by wire dengan empat mod tunggangan.

Orang berumur lebih berminat dengan Honda Gold Wing.
Orang berumur lebih berminat dengan Honda Gold Wing.


Model-model lain yang diperkenalkan untuk tahun 2018 ialah Gold Wing, CB300, CB125, X-ADV dan siri popular NC yang kini didatangkan dengan kuasa 35kW yang dikhususkan untuk pemegang lesen A2 di Eropah. Ruang pameran Honda turut dihiasi dengan model lagenda Honda iaitu Super Cub C125 (skuter jualan terbaik untuk tahun 2016 di Eropah) dan Monkey.

BMW F 850 GS
BMW F 850 GS


Pengeluar motosikal dari Jerman, BMW MOTORRAD dengan bangganya memperkenalkan BMW K 1600 Grand Amerika, BMW C 400 X serta keluarga GS terbaru iaitu F 750 GS dan F 850 GS – dua buah mesin dual purpose yang diberi nafas baru untuk keseronokan dalam suatu perjalanan biasa serta di kawasan luar bandar yang lasak.

BMW C 400 X
BMW C 400 X


Model K 1600 Grand Amerika merupakan model pengembaraan enam silinder yang menjanjikan keselesaan muktamad serta banjaran kuasa yang mengagumkan. BMW C 400 X pula merupakan skuter bersaiz sederhana yang disasarkan untuk mereka yang ingin bergerak dengan pantas dan bergaya di kawasan urban.

Dewan Benelli mempamerkan model-model terbaru 2018.
Dewan Benelli mempamerkan model-model terbaru 2018.


BENELLI merupakan antara pengeluar motosikal yang cukup matang membariskan produk-produk baru hampir untuk semua pasaran. Antara model-model terbaru yang mendapat perhatian tentulah Leoncino 250, Leoncino 500 Sport, Leoncino Trail, 752 S, 402 S, TRK 251 Imperiale 400, BN 251 dan BN 125.

Benelli 302 R
Benelli 302 R
KEEWAY TX 125
KEEWAY TX 125


Selain itu, model-model sedia ada seperti Leoncino, TRK 502, BN 302 dan 302 R turut dipamerkan dengan beberapa penambahbaikan yang dilakukan untuk memberi kepuasan kepada para pemiliknya.

Suzuki Burgman
Suzuki Burgman


Ruang pameran SUZUKI menerima kunjungan ramai dengan pengenalan model SV 650 X ABS iaitu sebuah jentera tinggi dengan gaya Cafe Racer. Ternyata gabungan klasik dan spesifikasi enjin serba baru sememangnya menepati citarasa ramai pencinta motosikal. Model jalanan terbaru yang bakal memberi saingan dalam pasaran motosikal ialah GSX-R125 ABS, GSX-S 125 ABS dan model-model lain yang telah dikemas kini.

Ducati 1299 Panigale R Final Edition
Ducati 1299 Panigale R Final Edition


Sudah pasti model Panigale V4 merupakan 'Bintang' di ruang pameran DUCATI. Ia adalah jentera yang mempunyai 'hubung kait' rapat dengan model Desmosedici yang digunakan dalam MotoGP. Model 1299 Panigale R Final Edition turut menerima maklum balas yang cukup hebat kerana menawarkan spesifikasi enjin yang cukup-cukup luar biasa. Ducati Mutistrada, Monster, Supersport, Hypermotard, Diavel dan XDiavel juga menawarkan pelbagai pembaharuan dan dikemas kini untuk prestasi lebih mantap dan lebih sensasi.

Ducati Scrambler
Ducati Scrambler


Pengeluar Itali ini juga tidak melepas peluang untuk memperagakan model-model Scrambler yang 'diketuai' oleh Ducati Scrambler 1100, Scrambler Cafe Racer, Scrambler Desert Sled. Scrambler Sixty2 dan Scrambler Versi Icon.


Keanggunan model jalanan Dragster 800 RR dan Brutale 800 RC (Reparto Corse) sememangnya menawan hati setiap pengunjung yang hadir ke ruang pameran MV AGUSTA. Kebijaksaan para pereka kedua-dua model ini menyambung legasi jentera MV yang sememangnya terkenal dengan rekaan rupabentuk yang unik.

MV Agusta Dragster 800 RR - lain daripada yang lain.
MV Agusta Dragster 800 RR - lain daripada yang lain.


Dragster 800 RR menawarkan enjin yang melepasi piawaian Euro 4, kerangka baru dan dikemaskan dengan lampu-lampu LED manakala model Brutale 800 RC sememangnya cukup eksklusif kerana hanya 350 unit sahaja dibina dengan setiap satunya memiliki nombor peribadi yang unik.

Kymco Downtown 350i
Kymco Downtown 350i


Selepas kejayaan dengan pelbagai model skuter hebat, KYMCO tiba di Itali dengan jentera skuter revolusi baru iaitu siri C. CV2 Concept dan CV3 Concept ternyata rekaan yang bukan sahaja menawarkan rupabentuk yang moden tetapi juga memiliki teknologi dan spesifikasi yang memukau.

SYM FNX
SYM FNX


SYM tampil dengan pengenalan skuter maksi pertama yang menggunakan enjin silinder-kembar iaitu Maysym TL. Turut ditawarkan kepada para pengunjung EICMA ialah NH-Trazer yang merupakan sebuah model lasak (dual purpose) disasarkan untuk mereka yang sukakan dunia lasak dan FNX yang merupakan sebuah model konsep terkini.

Keanu Reeves (bertopi merah) & rakan perniagaan, Gard Hollinger melancarkan tiga model Arch Motorcycles.

Arch 1s
Arch 1s


Kehadiran pelakon popular Hollywood, Keanu Reeves di ruang pameran ARCH Motorcycle ternyata menggamatkan suasana. Sebagai salah seorang pengasas jenama ini, Keanu dipilih untuk melancarkan tiga model baru iaitu KRGT-1 yang telah dikemaskinikan untuk tahun 2018, Arch 1s dan Arch Method 143 yang sememangnya mempunyai rekabentuk unik dan eksklusif serta teknologi enjin yang hebat. Apa yang mengujakan, para pengunjung yang bersesak-sesak di ruang pameran ARCH Motorcycle lebih berminat untuk bergambar “selfie/wefie” dengan Keanu berbanding motosikal yang dipamerkan.

Skuter elektrik
Skuter elektrik


Selain daripada pelbagai jenis motosikal yang hadir hampir dari seluruh dunia, termasuk yang menggunakan kuasa elektrik, EICMA juga merupakan tempat 'dagangan' terbaik untuk para pengeluar aksesori yang segalanya berkaitan dengan dunia dua roda. Kita juga dapat melihat peningkatan daripada segi kualiti, rekaan dan teknologi pembuatan yang turut menjadi persaingan di kalangan para pengeluar aksesori ini. RR

 

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.