Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Julai 2019

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-21 Tunggang Berhati-hati, Keluarga Tersayang Menanti

Tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd di atas usaha murni dalam mempertingkatkan kesedaran para pengguna jalan raya mengenai tahap keselamatan setiap kali menjelangnya hari perayaan. Menerusi program dan acara yang dianjurkan ini, ia telah berjaya menyelamatkan banyak nyawa khususnya penunggang motosikal yang sering terdedah dengan risiko kemalangan lebih tinggi.

Selepas dua dekad menabur bakti, Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha yang ke-21 telah dianjurkan lagi pada penghujung Mei lalu bersempena sambutan Aidilfitri di tiga buah lokasi iaitu Betaria Business Centre, Seremban, Perhentian Sebelah Petaling Jaya, LDP dan Kompleks Sukan & Rekreasi Sony, Seberang Perai.


Bandar Seremban dipilih sebagai lokasi paling awal untuk program ini (28 Mei 2019) dan telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke Siew Fook bersamasama Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor dan Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter, En. Wee Hong.

Menerusi tema 'Tunggang Berhati-hati, Keluarga Tersayang Menanti', para pengunjung yang hadir diberikan khidmat pemeriksaan lapan bahagian motosikal secara percuma, pemberian buku panduan,  penukaran topi keledar dan jaket keselamatan. Acara tahunan ini turut mendapat sokongan daripada pengeluar tayar terkemuka di Malaysia, FKR yang terus gigih dalam mencari jalan terbaik untuk mengurangkan kadar kemalangan.


Menerusi buku panduan itu, para penunggang dapat membuat rujukan tentang persediaan sebelum memulakan perjalanan. Antara isi-isi penting yang terdapat dalam buku tersebut ialah persediaan peralatan keselamatan ketika menunggang, pemeriksaan motosikal, diagnosis awal jentera masing-masing, undang-undang jalan raya berkaitan motosikal dan tips menunggang ketika hujan. Bagi mereka yang ingin muat turun Buku Panduan ini, sila layari http://www. yamaha-motor.com.my/tools-and-tips/.


Di majlis yang sama, pihak HLYM turut memperkenalkan logo terbaru program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dikenali dengan nama Yamaha Cares. Menerusi Yamaha Cares, HLYM dapat menyatukan usaha secara strategik dan menyampaikan segala ilmu dengan kerjasama daripada pelbagai pihak. RR

Isu Pada

Julai 2019

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.