Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Disember 2017

Seminar Tayar Pirelli Di Passion Shop

South East Asia Auto Parts Sdn Bhd telah menganjurkan satu seminar tayar yang memberi peluang kepada para pengguna motosikal untuk mempelajari berkenaan tayar. Seminar tersebut telah diadakan di Passion Shop Malaysia, Jalan Ipoh Kuala Lumpur pada Oktober lalu. Seramai 15 orang telah menghadiri program ini.

En. Justin Moo menerangkan komponen yang terdapat di dalam tayar.
En. Justin Moo menerangkan komponen yang terdapat di dalam tayar.


Program yang dianjurkan ini adalah buat kali ketiga dan dilakukan hanya sebulan sekali sahaja. Seminar ini telah disempurnakan oleh En. Soo dari Pirelli Singapura dan En. Justin Moo.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pengguna-pengguna baru mengenali tentang tayar dengan lebih mendalam lagi. Pelbagai maklumat berkenaan tayar yang telah dipelajari iaitu tentang komponen yang digunakan dan fungsi, perbezaan tube type & tubeless tyre serta tyre markings & definition dan pelbagai lagi maklumat tentang tayar yang diberikan. Dengan adanya seminar sebegini memudahkan kita untuk mengetahui selok belok tentang tayar yang digunakan. Pengetahuan sebegini sangat penting supaya kita semua menggunakan dan memilih tayar yang betul agar dapat menunggang dengan lebih selamat.

Seminar yang memberi manfaat kepada para peserta
Seminar yang memberi manfaat kepada para peserta


“Bagi saya seminar ini bagus untuk kita dapatkan lebih pengetahuan tentang tayar. Semua orang tahu apa itu tayar. Tetapi kita tidak tahu berapa jangka hayat tayar yang kita pakai, performasi dan adakah tayar yang ingin dipakai itu sesuai atau tidak pada motosikal. Bukan mudah untuk mendapat seminar seperti ini. Kalau di luar sudah tentu perlu mengeluarkan kos perbelanjaan. Tetapi di sini percuma dan amat sesuai untuk pengguna-pengguna baru mengenal tayar”, kata En. Azhari dari kumpulan Benelli TNT.


“Banyak yang saya pelajari hari ini berkenaan tayar. Daripada seminar ini saya tahu bagaimana untuk mengendalikan tayar dengan betul, pemilihan tayar yang sesuai dan banyak lagi. Saya amat bertuah mengikuti program ini. Banyak maklumat tentang tayar yang saya dapat”, kata En. Tajul Ariffin dari kelab permotoran Honda RS150R. RR

 

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.