Yamaha Y15ZR GP Edisi Terhad
Untuk meraikan pasukan Yamaha Factory MotoGP 2020, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya telah memperkenalkan sebuah model yang cukup popular pada masa kini iaitu Yamaha Y15ZR edisi GP.
Model edisi terhad ini telah diberi sentuhan rekabentuk grafik berasaskan jentera lumba YZR-M1 dari pasukan Yamaha Monster Energy yang ditunggang oleh dua orang pelumba popular iaitu Valentino Rossi dan Maverick Vinales untuk musim ini.
Selain memiliki rekabentuk yang menarik, Y15ZR turut didatangkan dengan enjin silinder tunggal, 4-lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini menawarkan kuasa hantaran 11.3kW pada 8,500rpm manakala tork pula 13.8Nm pada 7,000rpm yang dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan.
Yamaha Y15ZR edisi GP boleh dimiliki pada harga RM8,868 dengan jaminan waranti selama 2 tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan akan berada di semua pengedar sah Yamaha bermula pertengahan bulan Ogos 2020. Menariknya, para pemilik yang membeli jentera ini turut akan dapat barangan berupa sijil pemilikan, set jam tangan eksklusif Y15ZR serta set kunci cakera Yamaha bernilai RM100. RR
Popular