Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 November 2017

Benelli Anjur 'Stunt Show Tour'

Benelli Malaysia telah mengadakan Benelli Stunt Show Tour dengan menggunakan model Benelli TNT135 yang ditunggang oleh dua penunggang aksi motosikal profesional dari Brazil iaitu Daniel Ferreira dan Ligia Martin. Benelli Stunt Show Tour ini telah dijalankan di beberapa kawasan serata negeri seperti di Butterworth, Sungai Petani, Ipoh, Kuala Terengganu, Temerloh, Kuala Lumpur, Shah Alam, Kluang yang bermula dari 21 September hingga 1 Oktober lalu.

Daniel Ferreira dan Ligia Martin telah menyatakan bahawa mereka pertama kali membuat persembahan aksi motosikal di Malaysia dan juga di rantau Asia. Daniel Ferreira yang juga dikenali sebagai Daniel Stunt merupakan seorang penunggang professional Benelli dan memulakan kariernya sebagai penunggang aksi motosikal sejak dari umur 8 tahun lagi. Ligia Martins atau Ligia Stunt pula mula terlibat dalam persembahan aksi motosikal ini sejak berkenalan dengan Daniel dan walaupun seorang wanita, gaya dan kecekapannya cukup mengagumkan.


“Kami juga tidak akan melupakan setiap memori menarik di negara Malaysia dan terima kasih kepada pihak Benelli atas semua sokongan yang diberikan,” kata Ligia dalam laman sosialnya. Daniel dan Ligia turut menyatakan bahawa Stunt Show ini juga merupakan satu kejayaan bagi mereka kerana ia adalah satu impian untuk beraksi di luar dari negaranya.

Model Benelli TNT135i yang digunakan oleh Daniel Ferreira dan Ligia Martin semasa persembahan aksi merupakan model bersaiz kecil tetapi mempunyai komponen dan karaktor bagaikan sebuah jentera big-bike. Struktur badan model ini dibuat daripada lattice frame, dual mufflers, enjin empat lejang. Benelli ini mempunyai 3 warna iaitu merah, hitam, putih dan juga model Special Edition. Harga pasarannya adalah RM7,990.00 (tidak termasuk 6% GST dan lain-lain).


RR telah menguji model ini dan ternyata, prestasinya cukup mantap. Sila rujuk ruangan Pandu Uji di RodaRoda Februari 2017 (Bilangan: 364). Untuk mengetahui maklumat lanjutan motor Benelli, sila kunjungi showroom Benelli yang terdekat atau melayari laman rasmi https://malaysia.benelli.com/product/tnt-135. RR

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.