Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 November 2017

Menangi Triumph Bonneville 1200!

Hard Rock Hotel Penang telah melancarkan peraduan 'Rock 'N Ride' khusus buat para pencinta motosikal yang berpeluang memenangi sebuah jentera Triumph Bonneville Bobber Motorcycle 1200 yang berharga RM74,990. Para pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM250 di Hard Rock Cafe Penang akan layak untuk menyertai peraduan ini yang bermula pada bulan September lalu hingga 14 Disember 2017.

Peraduan ini terbuka buat semua warga Malaysia, penduduk tetap dan warga asing (ekspatriat) yang boleh mendaftarkan dan menunggang jentera ini secara sah. Dato' Razak Al-Malique Hussain, CEO Fast Bikes Sdn Bhd mengatakan pihaknya cukup berbesar hati dengan kerjasama ini.

“Promosi gabungan di antara dua syarikat ini akan memberi peluang kepada para pelanggan untuk menerokai kepelbagaian sinergi dari Triumph dan Hard Rock Cafe Penang, kedua-duanya merupakan jenama bertaraf global,” katanya.

Dato' Razak turut menambah bahawa minat terhadap jentera klasik moden sudah semakin meningkat, dibuktikan dengan penambahan jumlah yang dibawa masuk oleh pelbagai pengeluar motosikal ke pasaran negara. Triumph Bonneville Bobber merupakan sebuah jentera terkini yang paling berjaya pernah dihasilkan oleh jenama motosikal British dan percaya, ini adalah faktor utama mengapa peraduan 'Rock 'N Ride' cukup mengujakan.

Cabutan bertuah akan diadakan di Hard Rock Cafe Penang pada 15 Disember nanti dan selain menawarkan sebuah motosikal Triumph, terdapat dua lagi hadiah menarik yang menanti para peserta iaitu pakej penginapan 3 hari 2 malam di Casa Del Mar, Langkawi (Hadiah Kedua) dan 2 hari 1 malam di Hard Rock Hotel Penang.

Untuk makluman lanjut, sila layari http://www.fastbike.com.my atau http://penang.hardrockhotels.net/calendar/rock-n-ride/. RR

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.