Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 13 Julai 2020

Trio Negara Pamer Kehandalan di BMW Motorrad International GS Trophy 2020 Di New Zealand

Tahniah buat pasukan Malaysia yang telah mempamerkan persembahan cukup bertenaga di acara BMW Motorrad International GS Trophy 2020 yang berlangsung di New Zealand pada pertengahan bulan Mac yang lalu. Pasukan negara diwakili oleh tiga orang penunggang berpengalaman iaitu Norizuan Abdullah, Chan Kiang Wei dan Mohd Zulfakar bin Mohd Alghaus.

Dengan semangat yang kental, pasukan negara telah berjaya meraih tempat ke-18 dengan mengharungi cabaran yang berliku di peringkat awal untuk menempah kedudukan di atas Pasukan India, Afrika Utara dan pasukan yang lain.

Tahun ini, acara BMW Motorrad International GS Trophy 2020 telah disertai oleh 23 buah pasukan yang hadir dari 40 buah negara. Edisi ketujuh pertandingan motosikal berprestij ini telah dijalankan dalam tempoh lapan hari dengan menampilkan pelbagai cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Ini juga pengalaman manis buat para peserta kerana dapat menyaksikan pemandangan indah yang terletak di Pulau Utara dan Selatan New Zealand.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Harald Hoelzl, menyatakan, “BMW Motorrad International GS Trophy merupakan sebuah pertandingan motosikal kembara premium yang paling berprestij di dunia. Ia disertai oleh para pelumba hebat dan bertaraf dunia dari pelbagai negara dan benua yang ingin menjadikan ‘Hidup Sebuah Pengembaraan.’ Kami berbangga dengan hadirnya pasukan tanahair yang beraksi di pertandingan ini. Mereka bukan sahaja mewakili Malaysia malah seluruh rantau Asia Tenggara buat julung-julung kalinya. Sekali gus memahat nama mereka di persada global.”

En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia sementara itu berkata, “Acara BMW Motorrad International GS Trophy 2020 benar-benar mengujakan. Tiga pelumba negara berjaya memberi cabaran hebat dengan mempamerkan aksi lasak mereka yang cemerlang walaupun ia adalah penampilan pertama di temasya ini. Inilah semangat dan nilai kebersamaan yang ingin dibawakan oleh International GS Trophy!”

Norizuan Abdullah, salah seorang ahli Pasukan Malaysia turut berkata, “Ini merupakan pencapaian yang besar buat kami untuk mewakili Malaysia di International GS Trophy pada tahun ini. Walaupun pada peringkat awal prestasi kami agak goyah, kami telah bekerja keras dan muncul sebagai penunggang lebih baik. Saya percaya bahawa inilah semangat yang ingin dibawakan oleh GS dengan mengumpulkan individu-individu yang berlainan latar belakang bersatu untuk menikmati keterujaan dunia permotoran. Terima kasih kerana menaruh kepercayaan ke atas kami, Malaysia!”

Intisari International GS Trophy 2020

Hari Pertama: Sinaran mentari yang berlatarbelakangkan landskap kehijauan Rotorua di pulau utara New Zealand. Acara ini dimulakan dengan ujian peringkat khas pertama di laluan berliku parkour yang melibatkan pelbagai jenis permukaan seperti tar hingga ke laluan tanah berkerikil yang cukup mencabar. Peringkat khas kedua pula merupakan cabaran slalom pendek yang menyaksikan seorang penunggang ditutup mata sebelum menyusuri liku yang ditetapkan sambil dibimbing oleh rakan sepasukan dengan memberi arahan menggunakan set audio Sena Bluetooth. Untuk cabaran hari pertama ini, pasukan Malaysia mendapat tempat ke-18.

Hari Kedua: Keriangan di Pantai. Seramai 140 orang penunggang berkumpul di pesisiran pantai Hawkes Bay untuk menguji ketangkasan masing-masing di laluan berbatu menggunakan jentera BMW F 850 GS. Para peserta berjaya meraih keputusan yang memberangsangkan dan hari tersebut disudahi dengan perlumbaan pecut di pesisiran pantai Herbertville yang keras dan kasar. Perlumbaan ini memberi penghormatan kepada Burt Monro yang telah diabadikan dalam filem tahun 2005 yang berjudul, The World’s Fastest Indian. Pasukan Malaysia berjaya mara dua langkah lagi ke hadapan untuk meraih tempat ke-16.

Hari Ketiga: Cabaran yang lebih sukar dan serius buat para penunggang dimulakan menerusi kawalan jentera di laluan slalom – laluan berliku yang terdiri daripada pasir yang kasar dan halus. Tahniah… cabaran ini berjaya dilengkapkan dengan mudah oleh Pasukan Malaysia meskipun jentera BMW F 850 GS salah seorang ahli pasukan mereka terjerumus dalam liku berpasir berkenaan.

Hari tersebut diteruskan dengan cabaran ‘Leatt Challenge’ yang diadakan di kawasan pasir hitam White Rock yang menyaksikan para peserta melontarkan sarung tangan mereka ke dalam pendakap leher Leatt yang diletakkan di hadapan mereka. Pasukan Malaysia meraih tempat ke-17.

Hari Keempat: Tiada Rehat. Hari bermula lebih awal dan para peserta menyusuri bandar Wellington terus ke terminal feri di mana cabaran pertama mereka bermula. Setiap pasukan diuji dengan kuiz berkisarkan jentera GS yang tertumpu kepada salasilah GS yang kaya dengan sejarah.

Sebaik sahaja tiba di Pulau Selatan, semua pasukan diminta untuk melengkapkan cabaran navigasi, disusuli dengan cabaran ‘Metzeler Tyre’ yang memerlukan para peserta menanggalkan dan memasang semula tayar belakang jentera BMW F 850 GS dalam tempoh 15 minit. Pasukan Malaysia mengambil masa 14 minit 58 saat untuk meraih tempat ke-19 pada hari tersebut.

Hari Kelima: Lereng Gunung Berbatu. Para penunggang mengharungi cabaran berjarak 360 kilometer yang turut meliputi laluan luar jalan raya berjarak 180 kilometer, dan selebihnya di jalan berturap sepanjang laluan yang dikelilingi oleh pemandangan yang menakjubkan. Cabaran tersebut memerlukan motosikal peserta ditunggang secara perlahan dan keupayaan menyusuri sebuah laluan yang rumit.

Hari tersebut diakhiri dengan ‘Rab Challenge’ yang menghiburkan! Semua pasukan perlu berlari merentasi pesisiran Pantai Punakaiki ke khemah Rab. Di sana, mereka perlu tanggalkan kasut, keluarkan beg tidur, masuk ke dalam beg tidur tersebut dan mengancing zipnya. Kemudian keseluruhan prosedur itu dilakukan secara terbalik dan kembali ke tempat asal. Pasukan Malaysia berjaya mara dua tempat ke atas untuk menempah tempat ke-17, terikat dengan Pasukan India.

Hari Keenam: Menyelusur Arus Sungai. Para peserta telah berdepan dengan cabaran menunggang di laluan terpanjang bagi pertandingan ini. Namun begitu, bagi para penunggang BMW GS, ia menawarkan tunggangan yang sempurna. Cabaran pertama ialah ‘Rent-a-Ride’– diadakan di laluan jentera Greymouth, di mana dua ahli pasukan perlu mengharungi sebuah liku yang teknikal sepanjang permukaan jalan yang mencabar.

Oleh kerana cabaran hari keenam melibatkan jarak tunggangan yang lebih panjang maka para peserta dapat menikmati pemandangan yang cukup cantik di sepanjang perjalanan mereka ke Taman Negara Arthur’s Pass. Untuk cabaran hari tersebut, pasukan negara meraih tempat ke-19.

Hari Ketujuh – Laluan Pergunungan. Hari ini menawarkan tunggangan yang lebih mencabar di empat stesen kawasan pergunungan seterusnya merentasi laluan yang terdapat pemandangan panorama Tasik Tekapo ke Wanaka. Bermula dengan ‘Akrapovic Challenge,’ para penunggang dibatasi oleh masa dan perlu menyudahkan cabaran menolak di landasan condong, membuat pembelokan serong dan menyempurnakan laluan yang ditetapkan.

Selepas menyusuri Meyer’s Pass dan Thomson Gorge, para peserta diminta untuk selesaikan cabaran “Bump Start.” Para peserta perlu menghidupkan jentera BMW F 850 GS dengan kaedah menolak dalam jarak terpendek iaitu berjarak 50 meter. Pasukan Malaysia mengekalkan kedudukan di tempat ke-19.

Hari Kelapan: Finale. Hari terakhir ini memberi peluang buat semua peserta merasai perjalanan dari Wanaka ke Queenstown memberi mereka peluang menggunakan laluan Lembah Nevis yang popular. Menerusi cabaran ini, para peserta perlu menyeberangi beberapa laluan berair yang dinamakan ‘Jerrycan Challenge.’ Ternyata, ia memerlukan kemahiran menunggang dan kaedah mengangkat muatan.

Di peringkat akhir ini, ia menawarkan para peserta untuk dapatkan mata berganda menerusi laluan berliku parkour yang teknikal dan terletak di stesen ski Coronet Peak. Pasukan Malaysia berjaya menamatkan persaingan International GS Trophy di tempat ke-18 dengan jumlah pungutan mata terkumpul sebanyak 208 mata. Tahniah buat semua. Jika ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai cabaran ini: Layari: https://www.bmw-motorrad.com/en/experience/stories/adventure/gs-trophy-2020.html. RR

Isu Pada

Julai 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.