Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2017

Usahasama Kawasaki & GIATMARA Terjalin

Demi meningkatkan kemahiran dalam industri motosikal berkuasa tinggi di Malaysia, satu usahama telah dijalinkan di antara Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) dan GIATMARA Sdn Bhd. Sehubungan itu, satu majlis menandatangi Memorandum Persefahaman antara kedua-dua pihak telah diadakan pada 14 September lalu. Turut diadakan di hari yang sama ialah Perasmian Bengkel Motosikal Berkuasa Tinggi Usahasama GIATMARA dan KMSB.

YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (di tengah-tengah) bersama-sama para VIP menyempurnakan majlis usahasama di antara KMSB dan GIATMARA Sdn Bhd.
Hadir menyempurnakan majlis penuh bermakna ini ialah YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah ditemani oleh Pengerusi Eksekutif KMSB, En. Ahmad Faez Tan Sri Yahaya serta para VIP dari kedua-dua belah pihak.

Bilik enjin yang bebas habuk.
Bilik enjin yang bebas habuk.


Kemajuan dunia motosikal ternyata memerlukan kemahiran yang tinggi memberikan perkhidmatan servis dan membaik pulih. Dengan platform GIATMARA sebagai sebuah institusi latihan kemahiran teknikal dan vokasional, ia membolehkan para pelatih mendapat pendedahan, bimbingan dan tunjuk ajar untuk menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal. Di sinilah pentingnya kehadiran para petugas KMSB yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang motosikal berkuasa tinggi untuk melengkapkan objektif yang diimpikan.

Petugas KMSB sedang memberi tunjuk ajar kepada para pelatih .
Petugas KMSB sedang memberi tunjuk ajar kepada para pelatih .
Ruang latihan yang besar dan bersih menambah minat untuk belajar.
Ruang latihan yang besar dan bersih menambah minat untuk belajar.


Para pelatih akan menerima tunjuk ajar dan latihan kemahiran di bengkel yang telah dinaik taraf selama empat bulan. Seterusnya, mereka yang terpilih akan menjalani latihan selama empat bulan di Pusat Servis Eksklusif KMSB di Glenmarie, Shah Alam. Selama tempoh latihan tersebut, para pelatih akan diberi pendedahan tentang suasana kerja yang sebenar serta mempelajari Standard Operating Procedure (SOP) yang terdapat di KMSB. Selepas tamat latihan, para pelatih turut berpeluang untuk memulakan kerjaya di KMSB atau di rangkaian pengedar sah KMSB sekiranya mereka terpilih. RR

Isu Pada

Oktober 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.