Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2017

Yamaha Star Centre Pertama Dilancarkan

Untuk terus berdaya saing dan memberikan perkhidmatan terbaik buat para pengguna motosikal, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah mengubah sebuah Yamaha Star Shop yang terletak di Taman Sri Muda, Shah Alam kepada Yamaha Star Centre pertama dengan kerjasama GT-Max Motors (M) Sdn Bhd.


Yamaha Star Centre yang berkeluasan kira-kira 7,200 meter persegi ini menawarkan perkhidmatan 3S iaitu Sales, Service dan Spare Parts. Ianya direka berkonsepkan gaya hidup Yamaha dan menjanjikan penggunaan alat ganti tulen dari Yamaha agar jentera milik para pelanggan akan berada di tahap terbaik.

Dato’ Jim Khor (keempat dari kanan) serta para VIP bergambar kenangan bersama pemenang cabutan bertuah, Ms. Farah Hariena.
Majlis pelancaran Yamaha Star Centre ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor dan Pengarah Urusan GT-Max Motor (M) Sdn Bhd. Selain mempamerkan jentera-jentera Yamaha dari pelbagai segmen dan kuasa enjin, acara-acara lain turut dianjurkan untuk memeriahkan lagi majlis pada hari itu. Antaranya ialah perkhidmatan servis secara percuma, menunggang uji jentera Yamaha, tawaran hadiah percuma dengan pembelian pelincir Yamalube, acara membasuh motor dan cabutan bertuah.

Sumbangan diberikan kepada Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa.
Sumbangan diberikan kepada Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa.


Ternyata perasmian Yamaha Star Centre ini telah mendapat maklum balas dan penerimaan yang cukup hangat oleh para pencinta motosikal yang hadir. Dalam acara basuh motor, duit yang terkumpul telah disumbangkan kepada Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa. Acara pada petang itu diakhiri dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah Yamaha Solariz dimenangi oleh saudari Farah Hariena dari Shah Alam. RR

Isu Pada

Oktober 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Formica Rossa 15o (FR150) bakal menyertai saingan Kejuaraan Malaysia CubPrix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.