Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2017

Sesi Interaksi Modenas Bersama Pelanggan

Sejak pelancaran tiga model terbaru iaitu Pulsar NS200, Pulsar RS200 dan V15, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) yang bekerjasama dengan Bajaj Auto India Ltd telah menerima maklum balas yang cukup positif di kalangan para pengguna motosikal di seluruh negara. Dengan kejayaan tersebut, MODENAS telah meningkatkan kadar pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang kini telah melebihi tahap pengeluaran.

Kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En. Amirudin Abd Kadir memeriahkan acara pada malam itu
Kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, En. Amirudin Abd Kadir memeriahkan acara pada malam itu


Dalam usaha untuk terus mendapatkan keyakinan daripada para pelanggan, satu sesi interaksi bersama pelanggan khusus pemilik jentera-jentera Pulsar telah dianjurkan pada 11 September lalu di Kompleks Ibu Pejabat EON Glenmarie, Shah Alam. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pemilik Pulsar mengenai enjin, karaktor dan cara penjagaan yang patut dilakukan pada jentera masing-masing. Untuk tujuan itu MODENAS telah menjemput dua orang wakil daripada Bajaj Auto India Ltd iaitu En. Jagnesh Adlakha dan En. Anurag Sharma untuk memberikan taklimat dan perkongsian terperinci mengenai jentera Pulsar.


Program istimewa ini dimulakan dengan sesi pemeriksaan ringkas terhadap jentera para peserta yang hadir pada malam itu. Jika terdapat kerosakan minor, pihak MODENAS akan menggantikannya dengan alat ganti atau aksesori yang baru. Selepas itu, para pelanggan turut diminta bertemu dengan wakil-wakil dari pihak MODENAS untuk berkongsi segala informasi dan maklumat mengenai jentera masing-masing. Para peserta yang hadir turut diraikan dengan makan malam yang ringkas tetapi cukup menyelerakan.

En. Faisal dan En. Jagnesh sedang memeriksa jentera Pulsar.
En. Faisal dan En. Jagnesh sedang memeriksa jentera Pulsar.


Untuk memeriahkan majlis pada malam itu, acara kuiz dan cabutan bertuah turut diadakan. Selain berpeluang menerima hadiah-hadiah menarik, sesi soal jawab ternyata banyak memberi maklumat yang penting mengenai sistem enjin, cara penjagaan jentera, penggunaan brek, minyak enjin dan lain-lain. Inilah kelainan yang ingin dilakukan oleh MODENAS, bukan sekadar satu perjumpaan biasa sahaja. Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah pakej servis percuma, beg pinggang, topi keledar, beg galas, baju dan banyak lagi.

Para mekanik MODENAS memeriksa jentera-jentera Pulsar dengan teliti.
Para mekanik MODENAS memeriksa jentera-jentera Pulsar dengan teliti.


Ternyata maklum balas yang diterima daripada para peserta cukup memberangsangkan. Salah satunya ialah En. Ameer yang sanggup bermotor dari Gemas semata-mata untuk menyertai sesi interaktif ini. En. Syed Ahmad Azimin juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan lebih banyak maklumat menerusi penganjuran ini. En. Syed Ahmad merupakan pencinta sejati MODENAS dengan memiliki sebanyak 10 buah jentera MODENAS di rumahnya. RR

Isu Pada

Oktober 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.