Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 September 2017

Konvoi Media Bersama GIVI Ke Port Dickson

GIVI Asia Sdn. Bhd. telah menganjurkan satu konvoi khas untuk para media pada penghujung bulan Julai lalu. Selain berkonvoi, program yang diadakan ini juga bertujuan untuk melancarkan dan memperkenalkan produk terbaru GIVI iaitu Boks Monolock B32 BOLD.

Dari kiri: En. On Hai Swee, Cik Rozaida Ahmad Baki & En. Joseph Perucca.
Dari kiri: En. On Hai Swee, Cik Rozaida Ahmad Baki & En. Joseph Perucca.

Boks Monolock B32 BOLD telah dilancarkan oleh En. On Hai Swee, Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn. Bhd., bersama En. Joseph Perucca, Pengarah Operasi Luar Negara Kumpulan GIVI, pada 25 Julai lalu di Hotel Thistle, Port Dickson. Boks ini berkapasiti 32 liter dan cukup sesuai digunakan oleh motosikal berkapasiti rendah terutamanya 250cc ke bawah. Antara ciri istimewanya iaitu sistem kunci “clack” yang selamat dan mudah digunakan. Hanya sekali “klik” untuk menutupnya tanpa menggunakan kunci. Ia juga terbukti kukuh dan tahan lasak apabila menggunakan “Polypropylena” (PP) sebagai bahan komponen pertama seperti boks GIVI sebelum ini.

Team GIVI.
Team GIVI.

B32 ini direka dalam bentuk empat segi. “Kami sengaja memilih rekaan berbentuk kotak setelah membuat kajian mendalam. Kami dapati ianya lebih diminati pengguna sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur. Namun ini bukan bermakna bentuk bujur langsung tidak diminati,” kata En. On.

Menurut beliau lagi, pihak GIVI menyasarkan pengeluaran sebanyak 10,000 unit sebulan dan menjangkakan pertumbuhan sebanyak 25% pada tahun 2017 berbanding pada tahun lalu sebanyak 20%. Selain itu, boks GIVI ini juga telah direka bentuk oleh seorang pereka bentuk produk GIVI Asia iaitu Cik Rozaida Ahmad Zaki. Boks ini ditawarkan pada harga RM210 (tidak termasuk GST) serta dengan jaminan selama dua tahun.

Boks Monolock B32 Bold
Boks Monolock B32 Bold

Seramai 25 orang turut serta dalam konvoi ini. Sebagai tanda penghargaan GIVI juga turut melengkapkan motosikal para media dengan kotak barangan terbaru, Monolock B32 BOLD. Antara model motosikal yang dipasang dengan boks baru ini ialah Yamaha, Honda, Modenas, Demak, SYM, Kymco, Vespa, CMC, Kawasaki, BMW & Piaggio Liberty. Selain kotak simpanan barang, GIVI juga turut beri barangan lain iaitu M50.2 Turismo Fullface Helmet, PRS01 Prime Range Rainsuit dan RWB02 Flap Body Bags. Terima kasih GIVI!

Menikmati makan tengah hari di Eagle Ranch Resort.
Menikmati makan tengah hari di Eagle Ranch Resort.

Seawal jam 8.00 pagi lagi para media sudah mula berkumpul di GIVI Point, Jalan Ipoh KL untuk pendaftaran. Acara perlepasan flag off konvoi GIVI ke Port Dickson tepat dilancarkan pada pukul 10.00 pagi. Kami melalui susur keluar masuk ke Jalan Tuanku Abdul Halim lalu terus ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Walaupun kami bergerak agak lewat, cuaca pada hari tersebut tidak begitu panas dan membuatkan kami agak selesa untuk melakukan perjalanan. Perjalanan agak teratur dan dikawal oleh beberapa orang marshal. Kami berhenti di Petronas Solaris Serdang pada jam 10.30 pagi untuk mengisi bahan api bagi memenuhkan tangki motosikal masing-masing.

En. Joseph Perucca memandu go-kart dengan bergaya sekali.
En. Joseph Perucca memandu go-kart dengan bergaya sekali.

Perjalanan diteruskan melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Setelah sejauh 31 km, kami terpaksa berhenti di R&R Seremban untuk melengkapkan diri dengan baju hujan GIVI memandangkan cuaca mula agak mendung. Semasa membuat persediaan, hujan lebat secara tiba-tiba mula membasahi kami lalu terus berteduh di stesen Shell buat seketika.

Para peserta bergambar kenangan di hadapan bas bergerak ‘The Red Explorer.’
Para peserta bergambar kenangan di hadapan bas bergerak ‘The Red Explorer.’

Sebaik ingin meneruskan perjalanan sebuah motosikal milik salah seorang peserta mengalami kerosakan. Walaupun dalam keadaan hujan lebat kami tetap meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Perjalanan kami agak perlahan sedikit ketika itu disebabkan sesetengah para media terpisah dari kami di belakang. Cuaca ketika itu amat sejuk dengan kehadiran hujan yang lebat. Mujurlah GIVI menyediakan sepasang baju hujan untuk kami pakai. Ternyata baju hujan tersebut amat bagus tidak ada setitis air pun menembusi baju hujan tersebut. Begitu juga dengan boks yang diberikan amat berkesan dan kami dapati boks tersebut tidak langsung dimasuki air hujan. Tidak lupa dengan topi keledar fullface yang amat selesa sewaktu digunakan. Beg pinggang GIVI juga dapat melindungi barang-barang kecil daripada terkena air hujan.

Bersiap sedia dengan baju hujan GIVI.
Bersiap sedia dengan baju hujan GIVI.

Hujan mula reda sebaik sahaja kami menyusuri tol susur keluar masuk ke Port Dickson dan kami membuat perhentian ketiga untuk mengisi petrol. Selepas berehat seketika kami meneruskan tunggangan ke Eagle Ranch Resort untuk menikmati makan tengah hari. Pelbagai jenis makanan tersedia seperti nasi berlauk beserta ayam rendang, ikan kicap, sayur-sayuran dan pelbagai lagi yang membuatkan kami tidak sabar ingin merasa keenakan makanan di situ. Kami juga sempat bermain go-kart di litar yang terdapat di Eagle Ranch Resort. Situasi ketika itu amat mengembirakan dengan kedengaran gelak ketawa akibat gelagat-gelagat para media lain yang memandu go-kart.

Sessi perbincangan bersama team GIVI sambil menikmati makan malam di tepi pantai.
Sessi perbincangan bersama team GIVI sambil menikmati makan malam di tepi pantai.

Kami check-in di hotel Thistle Port Dickson pada jam 3.30 petang. Melihat wajah-wajah para media yang kelihatan penat kami terus masuk ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri. Jam 6 petang kami semua turun ke tingkat 3 untuk pelancaran produk terbaru GIVI.

Boks Monolock B32 Bold dipasang pada motosikal peserta.
Boks Monolock B32 Bold dipasang pada motosikal peserta.

Dalam acara yang sama para media juga turut diperkenalkan dengan bas persiaran dua tingkat yang diberi gelaran “The Red Explorer” yang digunakan sebagai ruangan hospitaliti untuk acara permotoran yang disertai GIVI seperti Cub Prix dan MotoGP. Selain itu, bas ini juga berfungsi sebagai ruangan bagi pasukan gerak GIVI untuk bermesyuarat mahu pun bersantai bagi tetamu-tetamu undangan termasuk Yuzy Racing Team yang ditaja oleh GIVI. Luaran bas persiaran dua tingkat ini dihias dengan motif logo GIVI serta slogan EXPLORER. ENJOY.

Sebaik selesai majlis pelancaran tepat jam 7.30 malam kami semua menikmati makan malam ala BBQ di tepi pantai. Pelbagai jenis makanan yang disediakan seperti nasi goreng, ayam bakar, kambing bakar, udang, pencuci mulut dan pelbagai lagi hidangan. Dengan menikmati angin pantai di waktu malam sambil makan membuatkan kami terasa tenang dan selesa.

Kemas & teratur.
Kemas & teratur.

Pada keesokannya ada sesetengah media mula pulang ke kediaman di awal pagi. Kami mula check-out pada jam 10.00 pagi dan ada di antara kami sempat melawat beberapa lokasi seperti Pantai Tanjung Biru, Pantai Teluk Kemang dan Pantai Cahaya. Alangkah seronoknya kelihatan para pengunjung bergembira di kawasan pantai yang agak tenang dengan tiupan angin laut yang kuat. RR

Isu Pada

September 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.