Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 10 September 2017

Honda RS150R : Tampil Dengan Warna Baru

Untuk terus berdaya saing, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan model RS150R 2017 dengan warna dan rekacorak serba baru. Sejak diperkenalkan pada Jun tahun lalu, RS150R telah menerima sambutan yang cukup hangat oleh para pencinta motosikal khususnya mereka yang inginkan sebuah moped yang berprestasi tinggi, tahan lasak dan sporty. Secara purata, lebih 2,000 unit RS150R dijual setiap bulan dan untuk menampung permintaan yang tinggi ini, pihak BSH telah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memastikan model ini dapat dimiliki dengan secepat mungkin.


RS150R dilengkapi dengan enjin DOHC 150cc, sistem penyejuk cecair yang memiliki kuasa maksimum setinggi 15.4hp pada 9,000rpm dan tork 13.5Nm pada 6,500rpm. Model ini juga dilengkapkan dengan sistem brek jenis cakera di hadapan dan belakang serta tangki sebesar 4.5 liter yang pastinya mampu membawa pemilik bermotor berjalan jauh dan lancar.


RS150R baru ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu edisi Tricolo, Candy Scintillate Red, Pearl Nightfall Blue dan warna eksklusif sedia ada iaitu edisi Repsol. Harga yang disyorkan bermula dari RM8,478.94 termasuk GST untuk Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue manakala model Tricolo dan Repsol pula berharga RM8,796.94 (termasuk GST). Model ini juga dilengkapi dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

September 2017

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.