Warna Baru Yamaha Y135LC Mengancam!
Model paling laris... paling diminati... iaitu Yamaha 135LC kini hadir dengan warna dan grafik serba baru! Populariti Yamaha ini tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia merupakan jentera yang paling banyak dipasarkan dalam segmen jentera moped. 135LC merupakan sebuah moped yang mempunyai rekabentuk antara yang paling cantik. Kerangkanya jenis Diamond yang memeluk erat enjin 134cc yang menawarkan kuasa maksimum 8.93kW pada 8,500rpm dan tork 11.79Nm pada 5,500rpm.
Model ini disempurnakan dengan saiz gerek (54.0mm) x lejang (58.7mm) yang memberikan hamburan kuasa yang lancar dan kuat dalam mana-mana kedudukan gear. Sistem saspensi 135LC terdiri daripada fork hadapan jenis teleskopik dan monocross yang menyerap hentakan dengan kemas sekali. Itulah yang menyebabkan jentera ini digemari oleh penunggang lelaki dan wanita, tua atau muda!
Pengenalan kepada warna baru ini bertujuan untuk mencipta keterujaan dan gaya hebat jentera ini agar terus mendapat kepercayaan oleh para penunggang motosikal di seluruh negara. Terdapat empat jenis warna baru iaitu Biru, Merah, Hitam dan Kelabu yang dijual pada harga asas selepas GST RM7,167.72 (tanpa cukai jalan, no. pendaftaran dan insurans). RR
Popular