Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 15 Disember 2018

Brixton Sertai The DIstinguised Gentleman's Ride 2018

Untuk pertama kalinya jenama Brixton telah menyertai acara amal tahunan, The Distinguished Gentleman’s Ride (TDGR). Acara TDGR ini dianjurkan secara besar-besaran di 85 buah negara di seluruh dunia pada setiap 30hb September. Semua pencinta motosikal tanpa mengira usia telah dijemput untuk menyertai acara ini demi membantu meningkatkan kesedaran dan mendapatkan dana untuk membantu pesakit kanser prostat lelaki dan kesihatan mental.

Untuk tahun 2018, acara ini telah diadakan di beberapa buah bandar seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Melaka, Miri, Pulau Pinang dan Sibu. Untuk penganjuran di Pulau Pinang, TDGR ini berjaya mengumpulkan lebih daripada 500 orang penunggang yang hadir dengan pakaian cukup unik, klasik dan tersendiri. Kebanyakan mereka yang hadir adalah pemilik jentera klasik dan retro dan tidak kurang juga bergaya dengan jentera kustom yang diubahsuai mengikut citarasa tersendiri.

Di tapak pameran pula, Brixton mempamerkan model terbaharunya iaitu BX150 Classic, BX150X Scrambler dan BX150R Cafe Racer. Selain itu, Brixton juga telah membuat promosi jualan dengan memberikan 10 barangan percuma buat pelanggan yang membuat tempahan pada hari tersebut. BX150 dijual dengan harga RM8,988.00, BX150X pula berharga RM9,288.00 dan BX150R ditawarkan pada nilai jualan RM9,588.00. Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Jentera-jentera Brixton diminati kerana rekabentuk retronya yang unik dan menarik. Dengan gabungan teknologi baru dan sentuhan klasik, Brixton ternyata digemari oleh para pengguna motosikal di seluruh dunia. Brixton mempunyai lebih daripada 500 buah pengedar termasuk di Eropah, Vietnam dan Malaysia. Di Malaysia, model-model menarik ini diedarkan oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Isu Pada

Disember 2018

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.