Pusat Pengedar Eksklusif Royal Enfield Pertama
RE Motorcycles Sdn Bhd telah melancarkan pusat pengedar eksklusif pertamanya yang terletak di Jalan Reko, No. 6 Jalan Hentian 2, Pusat Hentian Kajang. Pusat pengedar eksklusif ini juga digelar Royal Enfield Corner yang telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan RE Motorcycles, Dato' Chear Kin Keong pada pertengahan September lalu, ditemani oleh Pengurus Besar, En. M. Syahrul dan Pengarah Kedai Motosikal Tenaga Sdn Bhd, En. Kenno Chua Tzy Kian.
Ruang utama RE Corner baru ini direka dengan menggunakan gaya korporat RE yang menawarkan susun atur dan keanggunan yang tersendiri. Para pengunjung bukan sahaja dapat melihat dengan lebih dekat jentera-jentera RE yang dipamerkan malah boleh membeli pelbagai jenis pakaian menunggang dan aksesori yang cukup cantik – kesemuanya ditawarkan pada harga yang amat berpatutan.
Untuk memeriahkan lagi majlis perasmian RE Corner tersebut, pihak RE Malaysia telah mengaturkan satu konvoi khas yang disertai kira-kira 40 buah motosikal RE pelbagai model yang diketuai oleh Dato' Chear sendiri. Selain itu, turut diadakan ialah sesi tunggang uji pelbagai model RE termasuk yang terkini, Royal Enfield Himalayan. Kemuncak acara pada petang ialah cabutan bertuah yang menawarkan produk-produk menarik daripada Bel-Ray.
RE Corner sememangnya adalah satu lokasi menarik dan eksklusif buat para peminat motosikal khususnya Royal Enfield. Ia beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, 9.00pagi – 6.00petang pada hari Sabtu dan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Royal Enfield Corner di talian 03-87832161, faks: 03-87410891. RR
Popular